Pernah tak anda terfikir untuk menikmati kepak ayam bersalut emas? Siapa sangka menu tersebut sudah pun wujud dan dinamakan sebagai ‘Food God 24 Karat Chicken Wings’. Rasanya mereka yang betul-betul kaya je boleh nikmati hidangan ini.

Menu ini diperkenal oleh sebuah restoran The Ainsworthdan hanya boleh didapati di beberapa cawangan mereka di Chelsea, Manhattan dan East Village.

Resepi ayam ini menggunakan mentega kelapa, chipotle dan diperap dengan madu selama 24 jam dan kemudian digoreng sebelum disalutkan dengan kepingan emas 24 karat.

‘Food God 24 Karat Chicken Wings’ ini dijual dengan tiga kombo berbeza iaitu 10 ketul kepak berharga $30 (RM 117), 20 ketul kepak $60 (RM 234) dan 50 ketul kepak bersama dengan sebotol Champange pula berharga $1000 (RM3,926.50).

Apa rasanya bila makan ayam goreng yang disaluti emas? Kita dekat Malaysia nak merasa ayam goreng dari restoran makanan segera pun sebulan sekali je mampu, apatah lagi nak merasa ayam bersalut emas.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.