Chelsea Singkirkan Barcelona Untuk Mara Ke Final Liga Juara-Juara Eropah

By | August 18, 2014

Chelsea layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menerusi kemenangan agregat 3-2 selepas seri 2-2 dengan Barcelona pada saingan kedua separuh akhir di Nou Camp, awal pagi tadi.

Chelsea yang bermain 10 orang selepas kaptennya, John Terry dikenakan kad merah pada minit ke-43 akan bertemu sama ada Real Madrid atau Bayern Munich.

Pada perlawanan pertama separuh akhir di Stamford Brigde, Chelsea menang 1-0 ke atas Barcelona.
Barcelona membuka tirai jaringan menerusi Sergio Busquets pada minit ke-35 tetapi Chelsea dikejutkan apabilla Terry dikenakan kad merah selepas memijak penyerang Barcelona, Sanchez Alexis pada minit ke-36.

Andres Iniesta meletakkan Barca di depan pada minit ke-43 namun Chelsea memperoleh jaringan pada minit ke-46 masa tambahan menerusi Ramires.

Masuk masa kedua, Barcelona hampir memperoleh gol tetapi sepakan penalti Lionel Messi terkena palang.
Barca kemudian kebuntuan memperoleh jaringan meskipun mendominasi serangan dan pada minit tambahan, Fernando Torres meloloskan diri daripada pertahanan Barca untuk gol penyamaan Chelsea.

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply