web analytics
KUANTAN - Empat maut termasuk tiga beradik selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini hari ini. Kejadian pada pukul 9.40 pagi itu melibatkan mangsa tiga wanita dan seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian. Difahamkan,...
POLIS memburu dua lagi penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam lumba haram di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin yang mengakibatkan kematian. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Sharul Othman Mansor berkata, dua penunggang motosikal itu amat dikehendaki polis kerana dipercayai terbabit dalam pertaruhan hingga...
KOTA BHARU - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar pejalan kaki di Jalan Salor Baru, di sini semalam. Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa, 26, mengalami pendarahan otak dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, 4.55...
KANAK-KANAK lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni belakang tingkat lima kediamannya di kuarters Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, malam tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian 7 malam itu, mangsa, Mohd Badrul Amin Abdul Rahman, 11, dikatakan ingin mengambil pakaian...
MEMILUKAN apabila dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Hilir, Lingga di Sri Aman, 4 petang hari ini. Lebih menyayat hati, mayat Zulkarnain Ajizul, 5, dan adik bongsunya, Zulfadli, 2, ditemui dalam keadaan berpelukan di bawah runtuhan rumah berkenaan. Kedua-duanya dipercayai terperangkap dalam rumah yang terbakar. Kakak...
AHLI Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Nooh Gadot menerima sembilan jahitan di bawah dagu apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Kemuncak 14, Taman Nong Chik, Johor Bahru, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada...
HASRAT seorang lelaki membawa pulang lampin pakai buang untuk anaknya tidak kesampaian selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah lori yang terbalik di Jalan Padang Toi, dekat Sik, malam tadi. Dalam kejadian pada jam 10.15 malam itu, mangsa, Nirazman Said, 36, yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Perumahan KEDA, Kampung Bendang...
Tiga kanak-kanak menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan jalan raya di Parit 1, Api-Api, Pontian, 3.30 petang hari ini. Mangsa, Ahmad Mohd Noor, 49, dan Rohana Kosnan, 46, maut di lokasi kejadian. Menurut abang Ahmad, Hussin Mohd Nor, 52, mangsa bersama isterinya dalam perjalanan ke...
JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri maut apabila Perodua Kancil dinaiki bertembung dengan treler di KM65.5 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, di sini, petang tadi. Kejadian jam 3.35 petang itu telah menyebabkan mangsa, Ahmad Mohd Noor, 49, dan Rohana Kosnan, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami. Timbalan...
MURID Tahun Satu meninggal dunia dipercayai tercekik buah rambutan ketika berjalan kaki untuk menemui ibunya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok, di Jitra, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, mangsa, Muhammad Fahim Ilmi Mohd Fairuz, 7, dikatakan baru keluar dari sekolahnya dan berjalan menuju ke...