Tragedi & Nahas – Wowberita http://wowberita.org Blog Berita Online Wed, 31 Oct 2018 17:22:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.9.8 Tanah runtuh Pulau Pinang: 2 mayat dibawa keluar dari lokasi http://wowberita.org/tanah-runtuh-pulau-pinang-2-mayat-dibawa-keluar-dari-lokasi/ http://wowberita.org/tanah-runtuh-pulau-pinang-2-mayat-dibawa-keluar-dari-lokasi/#respond Fri, 19 Oct 2018 11:13:18 +0000 http://wowberita.org/?p=9536 GEORGETOWN – Dua mayat ditemui, sementara seorang cedera dalam tragedi tanah runtuh di tapak pembinaan jalan raya berkembar dari arah Paya Terubong menghala ke Relau, di sini, tadi.

Ketiga-tiga mangsa itu dijumpai kira-kira jam 5.08 petang tadi namun identiti belum diketahui.

Pada masa ini, pihak penyelamat sedang menjalankan kerja menyelamat di tapak runtuhan dan difahamkan sekurang-kurangnya 10 mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tersebut.

Difahamkan, kesemua mangsa itu dijumpai di bawah kontena yang dijadikan tempat tinggal pekerja tapak pembinaan tersebut.

Lokasi kejadian berada kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian runtuhan rasuk yang berlaku minggu lalu.

Kedua-duanya merupakan Projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.56 petang tadi.

]]>
http://wowberita.org/tanah-runtuh-pulau-pinang-2-mayat-dibawa-keluar-dari-lokasi/feed/ 0
Mangsa mesin pengering dobi meletup meninggal dunia http://wowberita.org/mangsa-mesin-pengering-dobi-meletup-meninggal-dunia/ http://wowberita.org/mangsa-mesin-pengering-dobi-meletup-meninggal-dunia/#respond Sun, 14 Oct 2018 10:32:26 +0000 http://wowberita.org/?p=9485 SHAH ALAM – Selepas 10 hari bertarung nyawa, salah seorang mangsa letupan kedai dobi di Klang dua minggu lalu, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh pagi ini.

Mangsa, 43 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8 pagi ini akibat kegagalan organ selepas menderita melecur sehingga 73.5 peratus akibat insiden tersebut.

Kejadian pada 4 Oktober itu turut mencederakan anak perempuan mangsa berusia 14 tahun yang kini ditempatkan di Hospital Selayang sejak 8 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Khamis lalu, selepas keadaannya semakin kritikal.

“Kami menerima panggilan pada pukul 9 pagi ini daripada salah seorang anak mangsa yang memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia ketika mendapat rawatan di ICU Hospital Sungai Buloh.

“Pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kegagalan organ yang berpunca daripada 73.5 peratus terbakar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mangsa dan anak perempuannya parah selepas mesin pengering pakaian di dobi yang terletak di Jalan Setia Klang tiba-tiba meletup selepas mangsa menekan butang ‘start’.

Isteri dan bayi mangsa yang turut datang ke dobi tersebut bagaimanapun terselamat kerana ketika kejadian mereka menunggu di dalam kereta.

Pihak berkuasa kemudiannya mengesahkan insiden itu adalah kemalangan dan bukan berunsur khianat apabila siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati leputan berpunca akibat masalah teknikal. – UTUSAN ONLINE

]]>
http://wowberita.org/mangsa-mesin-pengering-dobi-meletup-meninggal-dunia/feed/ 0
Ingatkan tengah tidur, rupanya sudah mati dalam kereta http://wowberita.org/ingatkan-tengah-tidur-rupanya-sudah-mati-dalam-kereta/ http://wowberita.org/ingatkan-tengah-tidur-rupanya-sudah-mati-dalam-kereta/#respond Wed, 10 Oct 2018 17:03:58 +0000 http://wowberita.org/?p=9463 KINABATANGAN – Dua rakan sekerja ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi di tepi jalan Kilometer 80, Jalan Sandakan-Lahad Datu sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.46 pagi tersebut mangsa, Mohd.Fitri Haimin dan Mohd.Helmi Muhammad masing-masing berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kerana dipercayai terhidu gas karbon monoksida.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superitendan A. Sahak Rahmat berkata, maklumat daripada orang awam mendapati terdapat dua lelaki seperti sedang tidur di dalam sebuah kereta dengan enjin yang masih hidup.

“Hasil pemeriksaan dari luar kereta orang awam mengesyaki kedua dua lelaki berkenaan telah mati kerana tiada sebarang tindak balas apabila cermin kenderaan diketuk beberapa kali.

“Pada ketika itu, seorang mangsa berada di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi di kerusi penumpang bahagian hadapan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Tambah Sahak, kedua-dua lelaki terbabit akhirnya berjaya dikeluarkan selepas anggota bomba dan penyelamat membuka pintu kereta tersebut.

“Justeru, kedua-dua mayat lelaki tersebut dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat esok,” ujarnya.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

]]>
http://wowberita.org/ingatkan-tengah-tidur-rupanya-sudah-mati-dalam-kereta/feed/ 0
Nahas 5 rentung: Pemandu treler miliki 13 rekod saman http://wowberita.org/nahas-5-rentung-pemandu-treler-miliki-13-rekod-saman/ http://wowberita.org/nahas-5-rentung-pemandu-treler-miliki-13-rekod-saman/#respond Sun, 07 Oct 2018 05:53:52 +0000 http://wowberita.org/?p=9452 KUALA KANGSAR – Pemandu treler yang merempuh sebuah kereta sehingga mengorbankan lima individu termasuk seorang bayi di Kilometer 255.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara selepas Terowong Menora semalam mempunyai 13 rekod saman.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim bagaimanapun berkata, kesemua saman yang dikeluarkan terhadap pemandu berusia 41 tahun yang kebanyakkannya membabitkan kesalahan pandu laju itu telah pun dijelaskan.

Katanya, siasatan juga mendapati kenderaan syarikat yang dipandu lelaki terbabit mempunyai 11 saman dan hanya tiga saman yang masih belum diselesaikan.

“Pemandu treler yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu ditahan di lokasi kejadian semalam dan ujian air kencing telah pun dilakukan terhadapnya.

“Rakaman percakapan lelaki itu telah diambil dan siasatan kes ini dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

]]>
http://wowberita.org/nahas-5-rentung-pemandu-treler-miliki-13-rekod-saman/feed/ 0
5 sekeluarga rentung dalam kemalangan dekat Terowong Menora http://wowberita.org/5-sekeluarga-rentung-dalam-kemalangan-dekat-terowong-menora/ http://wowberita.org/5-sekeluarga-rentung-dalam-kemalangan-dekat-terowong-menora/#respond Sat, 06 Oct 2018 15:12:56 +0000 http://wowberita.org/?p=9440 IPOH – Lima sekeluarga termasuk seorang bayi ditemukan rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 255.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Mohd. Taufiq Abd. Sattar berkata, mayat kesemua mangsa berjaya dikeluarkan daripada sebuah kereta yang terbakar.

Jelasnya, bagaimanapun identiti kesemua mayat itu masih belum dikenalpasti.

“Dalam operasi menyelamat, kita menemui empat mayat orang dewasa dan seorang bayi yang hangus di dalam kereta tersebut.

“Bagaimanapun, mayat bayi itu ditemui dalam keadaan tertindih di bawah mayat lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Tambahnya, kerja-kerja menyelamat mangsa kini sedang dijalankan. – UTUSAN ONLINE

]]>
http://wowberita.org/5-sekeluarga-rentung-dalam-kemalangan-dekat-terowong-menora/feed/ 0
Hilang 6 anggota sekelip mata, ini respon pihak bomba http://wowberita.org/hilang-6-anggota-sekelip-mata-ini-respon-pihak-bomba/ http://wowberita.org/hilang-6-anggota-sekelip-mata-ini-respon-pihak-bomba/#respond Wed, 03 Oct 2018 18:19:54 +0000 http://wowberita.org/?p=9409 HUJAN lebat menyebabkan arus kuat sekali gus membentuk pusaran air di lokasi kejadian ketika operasi menyelamat dijalankan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohammad Hamdan Wahid berkata, keenam-enam anggota bomba Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang terkorban bergelut untuk keluar daripada pusaran terbabit namun gagal.

“Terdapat pusaran di kawasan terbabit dan anggota di tebing nampak kesemua mangsa bergelut untuk keluar dari pusaran itu.

“Anggota di lokasi cuba mengeluarkan kesemua mangsa dan bantuan kecemasan turut diberikan namun kesemuanya gagal diselamatkan.

“Kita dapati terdapat penghadang banjir di lokasi dan hujan yang lebat mengakibatkan aliran air deras dan melimpah ke tebing.

“Bagaimanapun, kita akan lakukan siasatan dalaman supaya dapat elakkan kejadian ini daripada berulang pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Serdang, malam tadi.

Empat anggota PPDA Pelabuhan Klang yang lemas adalah Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, manakala Adnan Othman,33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari,25 adalah anggota PPDA Shah Alam

Katanya, semua mayat akan dibedah siasat hari ini.

“Semua jenazah kemudiannya ke Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam untuk solat jenazah dan akan diberikan penghormatan terakhir.

“Pengebumian akan dilaksanakan di lokasi masing-masing dan setiap balai yang terbabit akan bersedia untuk memberikan bantuan yang diperlukan bagi melancarkan urusan.

“Kejadian ini sememangnya amat tidak dijangka dan kami mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi ini.

“Pertama kejadian sebegini berlaku selepas kami pernah kehilangan dua penyelam di dasar laut beberapa tahun lalu,” katanya.

]]>
http://wowberita.org/hilang-6-anggota-sekelip-mata-ini-respon-pihak-bomba/feed/ 0
Polis dedah punca sebenar 6 anggota bomba lemas http://wowberita.org/polis-dedah-punca-sebenar-6-anggota-bomba-lemas/ http://wowberita.org/polis-dedah-punca-sebenar-6-anggota-bomba-lemas/#respond Wed, 03 Oct 2018 18:07:44 +0000 http://wowberita.org/?p=9405 ENAM anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang maut ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja di lombong Taman Putra Perdana, Puchong, lemas selepas terbelit tali, akibat arus deras, yang datang tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, keenam-enam anggota berkenaan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang berada di lokasi ketika operasi menyelamat diadakan.

“Ketika kejadian, keenam anggota penyelam berkenaan sudah lima minit berada dalam air bagi mengesan remaja yang hilang itu.

“Namun, secara tiba-tiba datang arus deras menyebabkan kesemua mangsa terbelit tali yang dipasang antara satu sama lain dan dipercayai menjadi punca peralatan menyelam dipakai tertanggal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Aziz berkata, beberapa anggota bomba yang berada di atas tebing cuba menarik tali yang mengikat mangsa, namun tidak berjaya akibat arus terlalu deras.

Katanya, mangsa pertama berjaya dikeluarkan selepas 30 minit usaha menarik mereka berhasil.

“Ketika dibawa keluar, kesemua anggota penyelam berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Paramedik yang berada di lokasi ketika itu turut cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit, namun kesemua mangsa tidak memberi tindak balas dan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, kesemua mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan keluarga mangsa turut dimaklumkan.

]]>
http://wowberita.org/polis-dedah-punca-sebenar-6-anggota-bomba-lemas/feed/ 0
Identiti 6 bomba maut di Puchong Perdana dikenalpasti http://wowberita.org/identiti-6-bomba-maut-di-puchong-perdana-dikenalpasti/ http://wowberita.org/identiti-6-bomba-maut-di-puchong-perdana-dikenalpasti/#respond Wed, 03 Oct 2018 16:46:22 +0000 http://wowberita.org/?p=9401 Enam orang pegawai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa di lombong Taman Putra Perdana, Selangor malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, kesemua anggota berkenaan itu dilaporkan lemas akibat dibawa arus deras.

Kesemua mayat berjaya ditemukan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Keenam-enam anggota bomba berkenaan sebelum itu dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan pada jam 5.50 petang tadi.

Walau bagaimanapun, mangsa lemas iaitu orang awam belum dijumpai.

Berikut adalah nama anggota bomba yang terkorban:

1)Mohd Fatah Hashim, 34

2)Izatul Akma Wan Ibrahim, 32

3)Mazlan Omarbaki, 25

4)Yahya Ali, 24

5)Adnan Othman, 33

6)Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25

]]>
http://wowberita.org/identiti-6-bomba-maut-di-puchong-perdana-dikenalpasti/feed/ 0
6 anggota bomba maut ketika selamatkan remaja lemas di lombong http://wowberita.org/6-anggota-bomba-maut-ketika-selamatkan-remaja-lemas-di-lombong/ http://wowberita.org/6-anggota-bomba-maut-ketika-selamatkan-remaja-lemas-di-lombong/#respond Wed, 03 Oct 2018 16:07:53 +0000 http://wowberita.org/?p=9397 loKUALA LUMPUR – Enam anggota bomba dipercayai mati lemas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Cyberjaya dekat sini malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, kesemua anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor itu dilaporkan lemas akibat dibawa arus deras.

Kesemua mayat berjaya ditemukan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian.

Keenam-enam anggota bomba tersebut sebelum itu terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam lombong berkenaan pada pukul 5.50 petang tadi.

Berita lanjut menyusul. – UTUSAN ONLINE

]]>
http://wowberita.org/6-anggota-bomba-maut-ketika-selamatkan-remaja-lemas-di-lombong/feed/ 0
Calon UPSR maut disengat tebuan http://wowberita.org/calon-upsr-maut-disengat-tebuan/ http://wowberita.org/calon-upsr-maut-disengat-tebuan/#respond Tue, 25 Sep 2018 01:03:00 +0000 http://wowberita.org/?p=9295 MERSING – Nasib malang buat seorang pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Sawah Dato, Mersing hanya sempat menduduki peperiksaan UPSR pada hari pertama sebelum maut disengat tebuan petang semalam.

Dalam kejadian 5.15 petang itu menyebabkan mangsa Mohd Faiz Hatim Zaidi, 12, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Daerah Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, kejadian berlaku di Kampung Tanjung Genting apabila mangsa bersama empat rakannya cuba mendapatkan buah kelapa.

“Dipercayai kumpulan kanak-kanak lelaki tersebut telah membaling pokok kelapa untuk mendapatkan buahnya. Namun kayu yang di buat balingan telah terkena sarang tebuan yang berada berdekatan pokok kelapa tersebut.

“Akibatnya serangga tebuan tersebut telah menyerang kumpulan kanak-kanak berkenaan. Kesemua mangsa telah melarikan diri dan dua daripada mangsa dihantar ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan oleh ahli keluarga,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tambahnya, susulan itu seorang kanak-kanak telah disahkan meninggal dunia, seorang lagi sedang menerima rawatan di hospital manakala tiga yang lain selamat.

]]>
http://wowberita.org/calon-upsr-maut-disengat-tebuan/feed/ 0