web analytics
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan telah membentuk 10 kementerian-kementerian utama. Bagaimanapun, nama-nama menterinya hanya akan diumumkan esok. “Kami putuskan, buat masa ini, kami hanya akan membentuk kabinet yang kecil melibatkan kementerian-kementerian penting. “Kami tidak mahu kabinet yang besar, tetapi terdapat beberapa kementerian yang perlu diisi segera,” kata,” kata Mahathir...
KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 9.56 malam ini. Mahathir, 92, yang diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah...
KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, 48, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu Ke-15 di Istana Syarqiyyah, di sini malam ini. Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan menerima watikah pelantikan itu berlangsung di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kira-kira pukul...
IPOH - Pas memberi petunjuk awal sedia untuk bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan campuran di negeri Perak. Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, parti itu hanya mahu menjayakan sebuah kerajaan gabungan dengan parti yang mahu melaksanakan Islam sebagai perjuangan yang tidak boleh dihalang. Katanya, sebagai penentu kepada sebuah...
Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh negara pada 9.30 malam ini, menurut sumber Facebook Mukhriz Mahathir FC. Terdahulu, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, Kuala Lumpur. Menurut New Straits Times, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa,...
MARANG - Menteri Besar Terengganu baharu dari Pas dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu pada malam ini. Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Husain Awang berkata, istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan tersebut akan berlangsung dengan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul 9 malam ini. "Seramai...
Sentimen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimainkan Pakatan Harapan (PH) antara faktor kekalahan BN pada pilihan raya umum ke-14, kata anggota parlimen Larut dari BN, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Sehubungan itu, beliau yang juga bekas menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mahu melihat sejauh mana PH mampu menghapuskan...
KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak akur dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semalam. Beliau berkata, BN menerima keputusan yang telah dibuat rakyat dan komited menghormati prinsip demokrasi berparlimen. "Oleh kerana tiada parti yang memperoleh keputusan majoriti mudah, Yang di-Pertuan Agong...
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor tidak akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang baru hari ini. TV3 melaporkan sumber istana memberitahu media bahawa upacara itu akan diadakan pada hari yang lain. Terdahulu, di Jalan Duta, Kuala Lumpur, petugas media menunggu di Istana Negara sejak awal pagi...
PAS berjaya menguasai Dewan Undangan Negeri Terengganu selepas memenangi sekurang-kurangnya 21 kerusi malam ini. Hal itu diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut mempertahankan kerusi parlimen Marang. Bagaimanapun semasa ditanya mengenai calon menteri besar negeri itu Abdul Hadi masih enggan memberi kepastian. Sebaliknya dia agak berteka-teki sementara menunggu ruang...