Hiburan – Wowberita http://wowberita.org Blog Berita Online Fri, 23 Nov 2018 10:59:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.0.2 Komposer Pak Ngah meninggal dunia http://wowberita.org/komposer-pak-ngah-meninggal-dunia/ http://wowberita.org/komposer-pak-ngah-meninggal-dunia/#respond Tue, 25 Sep 2018 09:59:16 +0000 http://wowberita.org/?p=9329 KUALA LUMPUR: Komposer yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia, pada jam 3.02 petang tadi.

Berita berkenaan disahkan penyanyi, Noraniza Idris, yang mendapat perkhabaran duka mengenai pemergian Pak Ngah, 60, menerusi anak komposer itu, Megat.

BH Online turut mendapat kiriman mesej mengenai berita kematian komposer yang banyak bekerjasama dengan artis terkenal tanah air itu, seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza, Wany Hasrita, Syura dan Zehra Zambri.

“Salam famili semua. Saya Megat mewakili bapa saya. Dengan rasa sedih kami ingin memaklumkan Pak Ngah selamat kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah,” tulisnya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham kini sedang diuruskan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

]]>
http://wowberita.org/komposer-pak-ngah-meninggal-dunia/feed/ 0
‘Tak padan dengan badan!’ – Miliki payudara besar, Instafamous ini dikecam netizen http://wowberita.org/zack-zainefer-buah-dada-besar/ http://wowberita.org/zack-zainefer-buah-dada-besar/#respond Tue, 18 Sep 2018 03:39:47 +0000 http://wowberita.org/?p=9223 Instafamous, Zack Zainefer dikecam hebat netizen kerana memiliki payudara yang terlalu montok dan anjal.

Berusia 32 tahun, Zack sering memuat naik gambar di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

Selamat ptg syinta2 semua…smlm z live ade yg tnye,z guna product P ke, guna product H ke? Xde yer syinta2 smua, utk Aset & Body z hanya guna smua product dari @bombshellbeautehq And SEBARANG PERTANYAAN/NAK ODER BLEH DM/ WASSAP LIST2 DIBAWAH👇🏻👇🏻👇🏻 z ade beratus dm ttg bombshell yg z x smpt nk reply jd uolls dm sndri agent2 BOMSHELL ya syinta2 smua🍑🍑🍑 . CARA ORDER : – Mesti order dengan stockist atau agents sah – Cari stockist / agents yang terdekat dgn area uols dekat list bawah ni – DM atau whatsapp stockist atau agents STOCKISTS: 🍑 @bombshellbeaute_kl – KL, Cheras & Ampang 🍑 @bombshell_shahalam – Shah Alam 🍑 @bombshellbeaute_ – Klang . . . AGENTS: 🍑@bombshell_original- bangi, kajang, sedang 🍑 @bombshell.agent – sri rampai & gombak 🍑 @bombshell.selangor – kajang, bangi & serdang 🍑 @bombshell.angel – kl sentral & Hulu langat 🍑 @byoulicious – subang jaya, usj & bandar sunway 🍑@madforbombshell – shah alam 🍑@qasehbeauty_putrajaya – Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan 🍑 @babe_bombshellbeaute – putra height, alam megah, bandar saujana putra & putrajaya . . JB: 🍑 @bombshellbeaute_senai – Senai, perling, skudai, bandar jb & stulang 🍑 @bombshubby_ – Larkin, jbcc, cs, pelangi, kempas, jakel uda, dataran jb . . MELAKA: 🍑 @akmasharif246 – Bandar melaka, aeon bandaraya, melaka mall, DP & MITC . . NEGERI SEMBILAN 🍑 @bombshell_n9 – senawang & kuala pilah 🍑 @shhazbeautyofficial – Nilai, sepang, Salak Tinggi 🍑 @anna_beautes – Bandar Enstek & Kota Seriemas N9 . . . KELANTAN: 🍑 @secret.syue 🍑 @bombshell_kelantan . . PENANG: 🍑 @beautysecrect_ – Penang Island . . PAHANG: 🍑 @bombshellbeauty_kuantan – PAHANG . . KEDAH: 🍑 @bombshell_kedah . . SABAH: 🍑 @bombshell_sabah – Sandakan & Bandar Labuk Jaya 🍑 @bombshellmamamia – Kota Kinabalu & Tanjung . . . SINGAPORE: 🍑 @sichantiquesg 🍑 @glamkorner . . INDONESIA: 🍑 @af.three.co 🍑 @thevoguelux_beauty

A post shared by 👑 ZACK 👑 (@zack_zainefer) on

Lantaran itu, gambar tersebut telah mendapat kecaman hebat dari netizen kerana mengangap bahawa wanita itu memiliki saiz payudara yang ‘tidak stabil’ dengan fizikal badannya.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir netizen memuji kecantikan wanita itu.

Zack yang berasal dari Johor juga merupakan seorang ‘umbrella girl’ dalam mana-mana majlis yang disertainya.

]]>
http://wowberita.org/zack-zainefer-buah-dada-besar/feed/ 0
Sufian Suhaimi sudah jumpa pengganti Elfira Loy? http://wowberita.org/sufian-suhaimi-sudah-jumpa-pengganti-elfira-loy/ http://wowberita.org/sufian-suhaimi-sudah-jumpa-pengganti-elfira-loy/#respond Tue, 18 Sep 2018 03:24:37 +0000 http://wowberita.org/?p=9217 Foto penyanyi Sufian Suhaimi memberikan sekuntum bunga mawar merah sambil menatap wajah seorang gadis berhijab yang manis dan cantik wajahnya mencetuskan pelbagai tanda-tanya.

Adakah Sufian dan gadis tersebut mempunyai apa-apa hubungan istimewa?

Untuk pengetahuan anda, gadis itu yang dikenali sebagai Ayra Messi adalah model yang membawakan watak sebagai kekasih Sufian dalam muzik video lagu Di Matamu.

Menjawab persoalan ramai adakah beliau sudah kembali membuka pintu hatinya untuk menerima cinta baru, Sufian menerusi portal Harian Mentro tampil menjelaskan perkara sebenar.

Bagi peminat yang menonton muzik video ini mesti kenal dan tahu. Ayra adalah model dalam muzik video berkenaan. Kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa seperti diperkatakan. Dalam erti kata lain, dia bukan kekasih saya.

Cuma, semalam saya dijemput menghadiri acara pembukaan butik di Batu Pahat. Kebetulan, Ayra ada sekali. Jadi, kami terjumpa di situ. Memandangkan juru foto majlis itu rakan saya, kami pun acah-acah buat sesi fotografi.

Sufian juga tidak mahu peminat salah faham dan memberitahu beliau tidak mencetuskan sebarang gimik.

Sebelum ini, rata-rata netizen memuji betapa sepadannya Sufian dan Ayra serta berharap mereka benar-benar bercinta.

]]>
http://wowberita.org/sufian-suhaimi-sudah-jumpa-pengganti-elfira-loy/feed/ 0
Pelawak Acappan meninggal dunia http://wowberita.org/pelawak-acappan-meninggal-dunia/ http://wowberita.org/pelawak-acappan-meninggal-dunia/#respond Fri, 14 Sep 2018 01:22:08 +0000 http://wowberita.org/?p=9169 KUALA LUMPUR – Pelawak tersohor, Accapan meninggal dunia awal pagi tadi akibat kegagalan buah pinggang.

Accapan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinam, 63, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya di Taman Puchong Utama kira-kira pukul 2.43 pagi tadi.

Accapan meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam, 53, dan 3 orang anak iatu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Sejak dua tahun lalu, nama Accapan menjadi sebutan ramai apabila timbul berita dia telah memeluk Islam namun mendiang menafikan hal tersebut dan meminta peminat tidak membuat andaian sendiri.

Accapan yang mula bergiat aktif dalam bidang seni sejak tahun 80-an sejak bakatnya dicungkil menerusi sebuah program di RTM. – K! ONLINE

]]>
http://wowberita.org/pelawak-acappan-meninggal-dunia/feed/ 0
Netizen puji anak dara Azhar Sulaiman cantik macam Fazura http://wowberita.org/netizen-puji-anak-dara-azhar-sulaiman-cantik-macam-fazura/ http://wowberita.org/netizen-puji-anak-dara-azhar-sulaiman-cantik-macam-fazura/#respond Fri, 07 Sep 2018 17:00:48 +0000 http://wowberita.org/?p=9084 Pelakon Azhar Sulaiman telah mengundang perhatian ramai netizen lelaki apabila memuat naik gmbar bersama anak bongsunya.

Azhar berkongsi foto dirinya bersama Kasih Iris Leona di laman Instagram (IG) baru-baru ini.

Apa yang menarik, segelintir pengikut lelaki telah bertindak nakal dengan meluahkan hasrat ‘ingin memetik bunga di taman’.

“Assalamualaikum uncle… Kawan saya namanya sulaiman, saya berhasrat nak memetik bunga ditaman.. harap comment saya ni dibaca dan diteliti… sekian dari saya insan yang lemah,” tulis seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama @norfarhanfadzil.

Azhar turut ‘sporting’ melayan kerenah peminatnya dan membalas komen tersebut.

Rata-rata peminat turut memuji kecantikan anak perempuan Azhar yang baru berumur 16 tahun itu serta mengatakan yang Kasih adalah pelapis kepada pelakon Fazura.

]]>
http://wowberita.org/netizen-puji-anak-dara-azhar-sulaiman-cantik-macam-fazura/feed/ 0
Penonton Munafik 2 diserang ‘histeria’ bila Ustaz Azhar baca ayat ruqyah http://wowberita.org/penonton-munafik-2-diserang-histeria-bila-ustaz-azhar-baca-ayat-ruqyah/ http://wowberita.org/penonton-munafik-2-diserang-histeria-bila-ustaz-azhar-baca-ayat-ruqyah/#respond Fri, 07 Sep 2018 16:43:00 +0000 http://wowberita.org/?p=9077 Filem sekuel, Munafik 2 yang mencetuskan fenomena dengan sambutan luar biasa daripada penonton terus mencuri tumpuan apabila dikatakan ada dalam kalangan penonton yang terkena ‘histeria’ ketika di dalam pawagam.

Insiden itu dikongsi pengguna di media sosial yang mengatakan wujud entiti dalam pawagam ketika filem itu ditayangkan.

Filem arahan Syamsul Yusof itu sememangnya banyak menyelitkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran termasuk ayat Ruqyah yang digunakan untuk membuangkan jin dalam badan manusia.

Dalam filem itu, adegan tersebut dilakukan Ustaz Azhar yang dilakonkan Mawi dikatakan memberi kesan mendalam pada penonton.

Mawi sendiri mengakui ayat Ruqyah yang dibacakannya dalam filem itu adalah benar dan boleh memberi ‘kesan’ terhadap penonton.

“Bagi penonton yang jarang dengar, mereka mungkin menggigil. Sebenarnya, dalam filem ini setiap surah yan dibaca dinyatakan pada skrin untuk pengetahuan penonton,” katanya kepada Astro Gempak.

Nyata, pengaruh Ustaz Azhar membacakan ayat Ruqyah ketika merawat Adam (Syamsul) turut ditiru penonton kanak-kanak yang dikongsi menerusi video di media sosial.

“Sebelum ini dalam filem jika panggil watak Ustaz lebih kepada membaca ayat Kursi tapi kali ini ada 2 doa yang tidak dinyatakan iaitu selawat nubuah dan hizib al-hafiz,” katanya.

Bagi Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Datuk Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar pula berkata, ayat Ruqyah memberi kesan secara tidak langsung pada penonton Munafik 2 dalam mengesan gangguan jin dalam badan tanpa sengaja.

“Menurut kebiasaannya, jika sesuatu ruqyah itu dibacakan, sekiranya badan seseorang itu memang sudah pun ada elemen gangguan jin, maka ianya akan memberi tindak balas sama ada menangis, kerasukan dan sebagainya,” katanya.

]]>
http://wowberita.org/penonton-munafik-2-diserang-histeria-bila-ustaz-azhar-baca-ayat-ruqyah/feed/ 0
Isu peluk Zarina, hati Ismail tak tenang sampai tak boleh tidur malam http://wowberita.org/ismail-izzani-zarina-anjoulie/ http://wowberita.org/ismail-izzani-zarina-anjoulie/#respond Fri, 07 Sep 2018 14:44:21 +0000 http://wowberita.org/?p=9064 PENYANYI Ismail Izzani mengakui emosinya terganggu gara-gara penyebaran foto memperlihatkan dia seakan-akan sedang memeluk aktres Zarina Anjoulie di sebuah kelab malam, baru-baru ini.

Ismail, 18, berkata kontroversi tersebut membuatkan dia mengalami kesukaran untuk tidur malam dan hidupnya tidak tenteram memikirkan isu itu.

“Sejujurnya, selepas kontroversi itu empat hari saya susah nak tidur kerana asyik memikirkan apa yang telah berlaku.

“Hati saya jadi tidak tenang dan hanya tidur tiga jam sehari. Kejadian hitam itu seperti baru berlaku semalam,” katanya kepada mStar Online.

Ismail ditemui semasa rakaman konsert Debaran Bintang Kecil RTM yang diadakan di MyTown Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

Foto Ismail dan Zarina dipercayai di sebuah kelab malam tersebar baru-baru ini.

Kontroversi itu menjadi perbualan hangat netizen selepas aktres Fathia Latiff berkongsi di laman Instagram miliknya namun ia dipadamkan tidak lama kemudian.

Sementara itu, anak kepada penyanyi era 1980an iaitu Datin Suliza Salam ini mengakui telah mengecewakan keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Ismail menganggap kejadian yang telah berlaku itu sebagai pengajaran yang cukup berguna untuk dirinya, tambahan pula dia merupakan selebriti muda yang masih jauh perjalanan.

“Saya telah mengecewakan semua orang dan sedar bukan mudah untuk mereka maafkan saya, cuma selepas ini saya akan buat lebih baik supaya mereka dapat menerima saya semula.

“Ini adalah ujian paling hebat yang pernah saya terima sepanjang 18 tahun hidup dan ia merupakan pengajaran sangat berguna untuk saya.

“Sebelum ini mama (Suliza Salam) pernah menasihati saya supaya berhati-hati dan ingatkan dalam industri ini artis yang akan jatuhkan artis dan sekarang baru saya percaya kata mama itu betul,” katanya.

Ditanya mengenai tohmahan dan pelbagai dakwaan yang dilemparkan dua pelakon itu dilaman sosial, Ismail memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut.

Ujarnya, berdiam bukan bererti salah dan dia akan berkongsi cerita sebenar apabila tiba waktunya kelak.

“Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka kerana lagi kita bercerita akan membuka ruang kepada mereka.

“Bersabarlah… tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Kami dah berbincang bersama keluarga dan pihak pengurusan untuk tidak ulas isu ini secara mendalam buat masa ini,” katanya.

]]>
http://wowberita.org/ismail-izzani-zarina-anjoulie/feed/ 0
Lagu Bobo Di Mana trending nombor 1 di YouTube http://wowberita.org/lagu-bobo-di-mana-trending-nombor-1-di-youtube/ http://wowberita.org/lagu-bobo-di-mana-trending-nombor-1-di-youtube/#respond Fri, 07 Sep 2018 13:36:01 +0000 http://wowberita.org/?p=9057 PETALING JAYA: Rata-rata netizen terus menolak lagu Bobo Dimana nyanyian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang berkolaborasi dengan Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna.

Terbaharu, video lirik lagu itu yang trending No 1 di laman YouTube pada Jumaat dengan merekodkan hampir 1.4 juta tontonan digunakan sebagai platform netizen untuk menterjemahkan rasa kurang senang mereka.

Video yang baharu dimuat naik dua hari lalu menerima 129,000 tanda ‘tidak suka’ dan hanya 16,000 tanda ‘suka’.

Aliff Syukri menerusi Instgramnya sebelum ini memberitahu video rasmi lagu itu akan dipertontonkan kepada umum dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi.

Ainiasmee berkata:”Shame… shame… shame… on u Dato. Produk Dato saya dah buang dah, sumpah tak akan beli lagi sampai bila-bila.”

Sajat, Aliff Syukri dan Lucinta.

Rina_Maliana berkata:”Too bad! Merosakkan minda anak-anak. Dan perangai budak-budak. Nak duet pun pergi la cari artis Indonesia terkenal Krisdayanti ke Cakra ke? B**** tu nak pergunakan dato je nak terkenal kat Malaysia. Doa yang baik-baik je lah. Jadikan iktibar dah lepas ni.

Aimanyus23 berkata:”Maaf abg… saya bukanlah baik mana tapi saya terkilan sangat-sangat music video ni sangat-sangat keterlaluan. Sekarang ni budak-budak pun dok main IG… FB… Youtube… bayangkan tiba-tiba anak-anak Dato tengok MV ni dan tanya… Papa x malu ke… Dato nak jawab apa.

Nieysa_razak berkata:”Maaf… serious video clip sampah pernah aku jumpa!

Terdahulu, Aliff Syukir dikecam netizen gara-gara memuat naik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.

Perkara itu turut mendapat perhatian personaliti TV, Wardina Safiyyah yang meminta agar video tarian melampau itu dipadamkan.

Malah, tindakan itu turut mendapat perhatian ibunya, Rozita Ibrahim yang menegur Aliff Syukri secara berlembut di Instagram.

Aliff Syukri bagaimanapun memadam video tarian tersebut selepas dikecam netizen.

]]>
http://wowberita.org/lagu-bobo-di-mana-trending-nombor-1-di-youtube/feed/ 0
‘Takut pergi pasar nanti orang ludah’ – Nasir Bilal Khan http://wowberita.org/takut-pergi-pasar-nanti-orang-ludah-nasir-bilal-khan/ http://wowberita.org/takut-pergi-pasar-nanti-orang-ludah-nasir-bilal-khan/#respond Fri, 07 Sep 2018 10:11:29 +0000 http://wowberita.org/?p=9046 Pelakon Nasir Bilal Khan akui teruja dengan sambutan yang diterima menerusi watak antagonis dalam filem terbaharunya, Munafik 2.

Dek penangan karakter Abuja kata Nasir, dia risau peminat terlalu obses hingga mengundang rasa benci melampau.

“Saya seorang pelakon yang risau dengan ekspektasi penonton. Orang kata kalau orang tak suka dengan watak jahat kita bawa, itu maknanya lakonan kita menjadi.

“Apapun, saya tak kisah untuk berlakon watak macam mana sekali pun, kalau perlu banyak kajian lagi saya suka sebab ia mencabar diri saya.

“Tapi, bila ditawarkan watak Abuja sebenarnya saya pun takut.

“Risau, nanti tiba-tiba pergi pasar orang ludah saya. Tapi yang penting Allah tak benci saya,” katanya.

Nasir yang sebelum ini popular menerusi watak Tok Adi (Tanah Kubur) menggalas peranan sebagai ketua ajaran sesat, Abuja dalam Munafik 2.

Munafik 2 dibintangi Syamsul Yusof, Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Setakat hari ini, filem terbitan Skop Production itu telah mengutip lebih RM21.6 juta.

]]>
http://wowberita.org/takut-pergi-pasar-nanti-orang-ludah-nasir-bilal-khan/feed/ 0
Peminat tak suka Fasha Sandha makin seksi http://wowberita.org/fasha-sandha-makin-seksi/ http://wowberita.org/fasha-sandha-makin-seksi/#respond Thu, 06 Sep 2018 03:14:54 +0000 http://wowberita.org/?p=8920 Ramai tumpang gembira apabila hati Fasha Sandha kini sedang berbunga bersama si kekasih hati. Namun kebelakangan ini ramai mempersoalkan imej Fasha yang tampil semakin seksi berbanding sebelum ini.

Dalam sekeping gambar dimuat naik bersama Aidil Aziz, selain ucapan ‘sweet’ untuk kekasih hati, mata peminat tidak senang melihat penampilan Fasha yang berbaju seperti berkemban, menampakkan bahunya.

Bukan itu sahaja, bagi sesiapa yang mengikuti pelakon itu di IG, banyak lagi gambarnya yang berpakaian seksi dan berani turut dimuat naik. Di ruangan komen, ramai mengecam Fasha yang semakin seksi.

Ada juga mengaitkan penampilan seksi Fasha sekarang dengan hubungan cintanya dengan lelaki muda, Aidil. Hingga ada yang mendakwa lelaki yang baik tidak akan mengubah wanita menjadi semakin alpa.

Apapun mungkin teguran peminat nampak kasar dan memalukan tapi apa yang dikatakan mereka mungkin sekadar peringatan dan rasa sayang terhadap artis kesayangan mereka. Harap Fasha hargainya dan tidak melenting ya.

]]>
http://wowberita.org/fasha-sandha-makin-seksi/feed/ 0