web analytics
KUALA LUMPUR - Suami kepada seorang pelakon drama 'Isteri Untuk Diiktiraf' ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom membabitkan kerugian RM13.9juta. Satu sumber berkata, suspek bergelar Datuk itu ditahan pada pukul 12 tengah hari ketika dia hadir untuk memberi keterangan berhubung skim...
PETRONAS mencatatkan keuntungan bersih RM13 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu, iaitu meningkat 26 peratus berbanding suku sama tahun lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, kumpulan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada suku pertama tahun ini. “Ia disumbangkan oleh usaha transformasi berterusan...
Pemimpin veteran Umno Tan Sri Rais Yatim menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjelaskan peruntukan RM40 juta yang akan dibelanjakan bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di RTM. Menerusi Twitter, bekas menteri penerangan itu turut meminta penjelasan daripada mana sumber dana itu diperoleh ketika kerajaan bercadang...
ALOR SETAR — Kerajaan Kedah bawah Pakatan Harapan (PH) memutuskan gaji asas Menteri Besar dan kesemua 10 anggota Exco akan dipotong 10 peratus, berkuat kuasa bulan ini. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Exco yang diadakan di Wisma Darulaman di sini hari ini. “Ia sebagai...
KUALA LUMPUR — Datuk Lee Chong Wei bukan lagi pengarah syarikat Raj's Banana Leaf dan sudah meletakkan jawatan sebelum tular video pekerja restoran membasuh pinggan dalam lopak air. Restoran itu dalam kenyataan menjawab spekulasi di media sosial tentang pemilik-pemiliknya sebagai “tidak benar dan tidak betul”. “Kami mengesahkan Datuk Wira Lee Chong...
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bahawa projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan menjadi pemangkin ekonomi bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan. "Anda mahu membelanjakan RM60 bilion hingga RM100 bilion supaya 100,000 orang boleh bekerja, itu tidak cekap," kata Mahathir ketika ditemui pemberita di Putrajaya malam ini. Beliau...
Projek kereta api laju (HSR) Singapura – Kuala Lumpur bukan diilhamkan hanya berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh satu negara sahaja. Keputusan untuk projek ini dibuat berdasarkan kepada kajian terperinci terhadap manfaat dari kos yang dibuat oleh kedua-dua pihak bertahun lamanya yang turut membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi bagi...
Perdana menteri mengumumkan pembentukan tabung khas bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mengurangkan beban hutang negara. “Kita akan tubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk terima derma rakyat untuk membantu kedudukan kewangan negara,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ramai rakyat tahu berkaitan kedudukan kewangan negara yang “begitu buruk” dan...
RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan ditayangkan secara langsung manakala 14 perlawanan lain disiar melalui siaran tertangguh. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kabinet memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyiaran berkenaan. Gobind berkata butiran mengenai bagaimana peruntukan berkenaan dibelanjakan...
KUALA LUMPUR: Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan tol seperti dicanang dalam manifesto sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membuktikan langkah 'populis' itu tidak realistik dan sukar dilaksanakan. Dalam kenyataan Unit Komunikasi Strategik UMNO hari ini, keputusan timbal balik dengan sekadar memberikan potongan diskaun tol berkadar 50 peratus untuk tempoh...