BALING - Kekangan kewangan memaksa seorang isteri menyewa kereta setiap kali menghantar suaminya yang lumpuh ke klinik. Zaiton Abdul Aziz,52, berkata, suaminya Yahya Che Man,55, terpaksa dihantar menaiki kereta jiran kerana keluarganya hanya memiliki motosikal. Menurutnya, Yahya yang jatuh sakit pada 9 Mei lalu perlu menerima rawatan dua kali seminggu di...
KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dilihat sebagai satu projek yang tidak munasabah. Menurut pakar ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, Malaysia akan menanggung segala risiko dalam menyelesaikan hutang terbabit bersama faedah dalam tempoh dua dekad. Malah,...
Bayi berusia 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan yang dilaporkan hilang di rumahnya awal pagi tadi berjaya ditemui kira-kira 5 petang ini. Mangsa ditemui oleh anggota polis yang melakukan pencarian menggunakan unit anjing pengesan di dalam semak di lokasi yang tidak dinyatakan. Polis turut berjaya menahan seorang lelaki warga asing iaitu suspek...
Menteri Kewangan Lim Guan Eng memaklumkan kos penyiaran kejohanan Piala Dunia 2018 di RTM adalah RM30 juta. "Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia 2018 tetapi perbelanjaan sebenar adalah RM30 juta. "Sebahagiannya akan ditaja melalui pendapatan pengiklanan," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh...
Mesyuarat pertama Exco kerajaan Kedah yang berlangsung semalam membuat keputusan untuk menggantung sementara tugas 1,900 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negeri. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan itu diambil sementara menunggu arahan lanjut dan terperinci daripada kerajaan pusat berhubung perkara itu. "Kita belum mendapat arahan...
Belum sampai sebulan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir Putrajaya, namun sudah ada suara sumbang yang menuntut pemimpin berkenaan melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan kepada rakyat untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta tempoh selama 100 hari bagi melaksanakan manifesto tersebut, namun ada...
KUALA LUMPUR: UMNO menyifatkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membubarkan beberapa agensi lebih berupa satu bentuk 'hukuman' kepada rakyat. UMNO melalui kenyataan daripada Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabatnya berkata dakwaan kononnya agensi terbabit digunakan sebagai alat politik adalah tidak benar sama sekali kerana ia adalah agensi pemudah urus kerajaan bagi...
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji. Kontraknya sepatutnya tamat pada Julai tahun depan. Abdul Azeez berkata, surat peletakan jawatan itu dihantar ke jabatan perundangan lembaga tersebut pada 14 Mei. Sebuah lagi surat yang dialamatkan kepada menteri yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Tabung Haji...
KOTA BHARU: PAS berharap Pakatan Harapan (PH) dapat memenuhi janji manifesto untuk memberi royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan dan Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata rakyat akan menilai sejauh mana manifesto itu dapat dilaksanakan. Beliau berkata janji manifesto berkaitan royalti minyak itu amat...
Sekarang ini bukan mudah nak cari pekerjaan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu. Bukan itu sahaja, banyak syarikat besar bertindak membuang pekerja kerana masalah kewangan. Tidak hairan semakin ramai graduan universiti kini menganggur kerana kesukaran untuk mendapatkan kerja. Tidak kurang juga ada dikalangan mereka ini terlalu memilih. Berbeza...