Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengimbas kembali tuduhan “menjual negara” yang yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan ke atasnya sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Sebelum PRU14, kita dengar tuduhan-tuduhan seperti Melaka Gateway, Forest City dan Taman perindustrian MCKIP di Kuantan di mana ia kini ternyata fitnah terhadap saya.

“Baru saya tahu cara penyelesaian isu jual negara ialah dengan merendahkan tembok kilang besi sebanyak 1.2 meter (3.9 kaki).

“Mengapa dulu tak beritahu (mengenai perkara ini)?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Najib mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming yang mengumumkan semalam bahawa Alliance Steel (M) Sdn Bhd bersetuju untuk berkompromi.

Syarikat itu dilaporkan akan mengurangkan ketinggian tembok konkrit di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP).

Digelar ‘Tembok Besar China’ oleh penduduk Kuantan, tembok sepanjang sembilan kilometer itu akan dikurangkan ketinggian daripada tiga meter kepada 1.8 meter dan selebihnya dipasang pagar lutsinar.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara eksklusif pada Ogos lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mahu melihat tembok yang mengelilingi MCKIP dirobohkan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.