Cara Mengenali Tanda-Tanda Putus Haid (Menopaus) | Blog Berita Online

Cara Mengenali Tanda-Tanda Putus Haid (Menopaus)

September 26th, 2013 0 Comments Kesihatan

Setiap wanita akan melalui fasa ‘putus haid’ atau menopaus. Usia biasa wanita memasuki fasa peralihan ini ialah sekitar 50 tahun. Namun ia juga boleh berlaku kira-kira 10 tahun lebih awal yang disebut sebagai pra-menopaus khususnya di kalangan wanita yang mempunyai sejarah keluarga menopaus awal.

Tanda-Tanda Putus Haid (Menopaus)

  1. Kitaran haid akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ia berlaku terlalu kerap atau terlalu jarang.
  2. Kesakitan sendi
  3. Hilang tumpuan
  4. Sakit kepala
  5. Kemerahan muka
  6. Tiada keinginan untuk seks

Cara Mengawal Gejala Pra-Menopaus

Hakikatnya, kira-kira 80 peratus daripada wanita menopaus akan mengalami gejala seperti panas, berpeluh malam dan palpitasi (gejala vasomotor).

Sekarang ini, keperitan yang dirasai ketika pra-menopaus itu dapat dikawal dan diatasi sepenuhnya melalui kaedah Terapi Penggantian Hormon (HRT).

Terapi Penggantian Hormon (HRT)

HRT merupakan pilihan paling berkesan untuk menangani gejala menopaus. Rawatan HRT terbahagi kepada dua jenis iaitu Terapi Estrogen dan Terapi Estrogen Progestin. Terdapat banyak data klinikal yang membuktikan bahawa HRT yang dimulakan di peringkat awal adalah berkesan dan selamat.

Apabila seseorang menghampiri tempoh menopaus, keadaan dirinya menjadi lemah. Simptom tersebut berlaku akibat perubahan tahap estrogen dalam badan daripada tinggi menjadi rendah.

Melalui kaedah HRT ia berkesan untuk mengawal sakit kepala dan simptom akibat daripada kekurangan estrogen. Selain itu, melalui rawatan HRT juga pesakit sebenarnya mampu mendapat perlindungan tulang daripada reput dan rosak secara perlahan-lahan.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Stats
Entertainment Blogs Entertainment Blogs Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma lebih007's Profile on Ping.sg