Cara Memohon Bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia | Blog Berita Online

Cara Memohon Bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia

September 24th, 2013 0 Comments Info

Permohonan subsidi tayar di bawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) boleh dibuat mulai hari Isnin, 2 Julai 2012. Program Bantuan Tayar 1 Malaysia untuk teksi (BT1M) merupakan program pertama yang dilancarkan di bawah TR1Ma.

Syarat Kelayakan dan Borang Permohonan Program TR1Ma

Permohonan mesti disertakan dengan salinan Kad Pemandu yang sah, MyKad serta lesen memandu dan borang permohonan boleh didapati di pejabat wilayah SPAD atau dimuat turun melalui laman web SPAD di www.spad.gov.my/tr1ma.

  • Teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.
  • Memiliki Kad Pemandu yang sah (pemandu pertama sahaja yang layak)
  • Warganegara

Bagaimana Memohon Baucer TR1Ma?

Pemohon perlu mengikut langkah-langkah untuk membuat permohonan baucer Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

  1. Isikan Borang Permohonan TR1Ma yang boleh dimuat turun di bahagian Kandungan muat turun (klik sini) atau didapati dari akhbar-akbar utama atau pusat-pusat pengedaran baucer seperti pejabat SPAD ataupun syarikat/persatuan teksi. Salinan semula borang (fotostat) diterima;
  2. Pastikan borang lengkap diisi dengan maklumat peribadi pemandu, pilihan jenis dan saiz tayar serta kod peniaga tayar;
  3. Nyatakan pilihan samada mengambil baucar secara serta-merta atau pada tarikh lain; atau melalui pos;
  4. Kepilkan bersama salinan fotostat Kad Pemandu dan salinan Kad Pengenalan;
  5. Borang tersebut mestilah diserahkan kepada pusat-pusat pengedaran baucar atau diposkan kepada alamat SPAD yang tertera pada borang;
  6. Anda akan menerima dua (2) keping baucar TR1Ma bernilai RM260 setiap satu.

Bagaimana Untuk Menukar Tayar?

  • Jika anda memilih menerima baucar serta-merta, anda boleh menuju ke bengkel peniaga tayar pilihan anda pada bila-bila masa mengikut tempoh sahlaku baucar;
  • Jika anda memilih penerimaan melalui pos, sila hubungi Pusat Panggilan SPAD di talian 1800-88- SPAD (7723) bagi mengesahkan baucar anda sebelum ke bengkel peniaga tayar pada bila-bila masa mengikut tempoh sahlaku baucar;
  • Pastikan dokumen-dokumen berikut tersedia dan diserahkan kepada peniaga tayar untuk menukar tayar; (1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Kad Pemandu dan Baucar TR1Ma yang sah).
  • Tetapkan tarikh temujanji untuk memasang tayar anda 14 hari selepas menyerahkan baucar

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan SPAD di talian 1800-88- SPAD (7723).

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Stats
Entertainment Blogs Entertainment Blogs Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma lebih007's Profile on Ping.sg