PULAU PINANG – Seorang lelaki bertindak berani dengan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di sini untuk menyelamatkan seorang wanita yang difahamkan cuba membunuh diri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi, lelaki itu yang difahamkan bekerja sebagai polis bantuan nekad menggadaikan nyawanya selepas melihat wanita berusia 28 tahun berkenaan terjun dari jambatan terbabit.

Usaha lelaki itu bagaimanapun berbaloi apabila dia berjaya menyelamatkan wanita berkenaan daripada lemas sebelum kedua-dua mereka diselamatkan bot nelayan tempatan.

Video kejadian itu yang dipercayai dirakam dari bot nelayan menjadi tular di internet.

Sementara itu, jurucakap Pasuka Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 11.13 pagi dan mengerahkan sepasukan penyelamat ke tempat kejadian.

“Bagaimanapun mangsa telah berjaya diselamatkan oleh pekerja yang berada di atas jambatan dan kedua-dua mereka dibawa ke jeti berhampiran,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.