Sejak beberapa hari lalu, viral di media sosial video seorang kanak-kanak telah disuap cacing oleh seorang wanita.

Berdasarkan percakapan wanita berkenaan ternyata dia berasal daripada negara jiran Indonesia, maka ramai yang menyangka ianya seorang pembantu rumah dan menganiaya anak majikan.

Bagaimanapun, hasil carian menerusi Google, nyata ramai yang salah faham tentang video berkenaan, sebenarnya kejadian telah berlaku di Lombok, Indonesia.

Sebenarnya cacing yang dikenali sebagai nama ‘nyale’ atau cacing laut ini merupakan makanan tradisional masyarakat Lombok, bahkan cacing berkenaan dikatakan hanya boleh ditangkap setahun sekali sehingga diadakan pesta menangkap Nyale.

Pesta menangkap Nyale merupakan sebuah peristiwa dan tradisi yang mempunyai nilai mistik yang tinggi bagi Suku Sasak, Suku asli Pulau Lombok.

Video yang menjadi viral ketika ini sebenarnya telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook berasal daripada Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia, bernama Deri Lioni pada 18 Februari lalu di mana dia menyuap Nyale kepada anaknya bernama Zahro, namun dia telah menurunkan video berkenaan selepas dikecam mereka yang tidak tahu usul periksanya.

Jadi untuk buktikan kesahihan fakta ini, jom kita tengok video-video dan gambar pesta menangkap nyale di pantai Lombok.

Ini komen pada video tersebut.

Berdasarkan carian, katanya cacing ini paling nikmat (sedap) dimasak masak lemak cili api, boleh dimasak dengan pelbagai cara, goreng, sup, sambal bahkan di makan mentah kalau boleh telan.

Jadi, segala persoalannya telah pun terungkai, ianya bukan kes aniaya, tetapi makanan tradisi bagi masyarakat di Lombok, Indonesia.

LEAVE A REPLY