Selepas diberitahu dia tidak akan memperoleh kuda kerana terlalu mahal, Sarah Simpson, 11, mengambil keputusan lain – menunggang lembu.

Walaupun Sarah yang kini berusia 18 tahun sudahpun mempunyai kuda sendiri, dia masih menunggang lembu kesayangannya, Lilac, sama seperti hampir tujuh tahun lalu.

Sarah tersangat inginkan kuda sendiri sejak kecil lagi. Tetapi, selepas ibu bapanya berkata mereka tidak mampu membeli haiwan itu kerana terlalu mahal, dia mendapati menunggang lembu juga menyeronokkan.

Ia bermula dengan adiknya, Tim, mencabarnya menunggang haiwan berkenaan.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman menunggang, Sarah menyahut cabaran Tim dan menunggang Lilac yang ketika itu berumur enam bulan.

LEAVE A REPLY