Buah Kelapa Pelik Bertunas Pokok Pisang

By | December 6, 2014

Penduduk di Kampung Peracak, Ogan Komering Ulu (OKU) Timur di Sumatera Selatan, di sini gempar apabila menemui sebiji buah kelapa ditumbuhi pokok pisang.

Pokok pisang setinggi kira-kira 80 sentimeter yang tumbuh pada buah kelapa itu ditemui oleh Muhamad Edi, 52, warga RT 02, kampung Peracak, mukim Bungamayang.

Dia menemui buah kelapa pelik itu ketika sedang menanam jagung di ladang rakannya, Komar, dua minggu lalu.

Menurut Edi, sebelum dia menemui buah kelapa itu, dia terhidu bau bunga melati.

“Ekoran bau bunga itu sangat kuat, saya dan Komar berusaha mencarinya tetapi sebaliknya menemui buah kelapa ini,” katanya kepada Sripoku.com.

Edi berkata, buah kelapa bertunas pokok pisang itu ditemui di atas timbunan kulit kelapa di tempat pengupasan kelapa.

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply