PETALING JAYA: Selepas terpalit isu penipuan rumah mampu milik, pelakon Datuk Boy Iman sekali lagi diherat kontroversi apabila perkongsian status pendidikannya peringkat Doktor Falsafah (PhD) dinafikan pihak Universiti Malaya.

Universiti itu dalam satu kenyataannya memaklumkan, semakan pihaknya mendapati tiada individu atas nama Noruliman Abdul Rahman sebagai calon ijazah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Skim Perumahan Boy Iman Tidak Terjamin – Noh Omar

“Universiti Malaya ingin menarik perhatian berhubung status pendaftaran calon Doktor Falsafah Noruliman A Rahman dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan).

Status yang dikongsi Boy Iman ini mendapat perhatian Universiti Malaya.

“Pihak UM telah membuat semakan dan mengesahkan bahawa tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon Doktor Falsafah di UM,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini Boy Iman, 38, menerusi status di Instagram miliknya berkongsi kad pelajar yang tercatat namanya dengan logo Universiti Malaya bersama kulit buku penyelidikan universiti itu.

Dalam kapsyen pada status tersebut Boy Iman menyindir pihak yang selalu memandang rendah kepadanya.

“Buat mereka yang bergelar pakcik bawang & makcik bawang… Hadiah untuk anda! Juga hadiah untuk saya sebab birthday saya dah dekat 2 April ini,” tulisnya.

Bagaimanapun status itu telah dipadamkan beberapa hari kemudian selain turut mendapat kritikan daripada pengikut laman sosialnya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here