Borang permohonan skim 1 pelajar 1 perniagaan SSM 2017 secara online. Pendaftaran perniagaan secara percuma buat semua pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di Malaysia. Berkuatkuasa 1 Januari 2017, pelajar di pusat pengajian dalam negara boleh mendaftar perniagaan secara percuma melalui Skim Pelajar Perniagaan. Untuk info, SSM memperuntukkan geran RM10 juta bagi tempoh 10 tahun dengan RM 1 juta peruntukan kepada pelajar yang layak sahaja. Dengan skim ini, pelajar IPT yang sedang membuat perniagaan online kini boleh mendapatkan sijil pendaftaran perniagaan SSM secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Syarat Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 Online

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas
  • Sedang mengikuti pengajian sepenuh masa dimana-mana pusat pengajian dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Terpakai kepada pendaftaran perniagaan baharu sahaja samaada pemilikan tunggal atau perkongsia untuk tempoh 1 tahun bagi setiap pelajar disepanjang tempoh pelaksanaan skim.
  • Rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja.

Cara Daftar Borang Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan SSM 2017 Online

  1. Sila hadirkan diri ke pejabat cawagan SSM yang berdekatan.
  2. Dapatkan borong di kaunter.
  3. Dua (2) salinan kad pelajar yang masih berkuatkuasa.
  4. Salinan asal surat perakuan pelajar dari pusat pengajian.

LEAVE A REPLY