borang-kemaskini-br1m-2017-onlineBorang dan kemaskini BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia secara online. Kemaskini BRIM kini dibuka mulai 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Penerima BRIM sedia ada tidak perlu lagi untuk mendaftar sebagai pemohon baru namun wajib untuk kemaskini permohonan BRIM menerusi e-BRIM. Kegagalan pemohon untuk kemaskini permohonan BR1M akan menyebabkan pemohon gagal serta merta. Berikut adalah panduan atau cara kemaskini borang permohonan BR1M 2017.

Borang Kemaskini BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia Online

Pengumuman Terkini: Kemaskini BRIM 2016 boleh dilakukan secara online mulai 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2017 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.

Jadual Pembayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

jadual-pembayaran-br1m-2017

Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000 (e-Kasih): RM1200

  • Ansuran pertama: RM400 pada Februari 2017
  • Ansuran kedua: RM400 pada Jun 2017
  • Ansuran Ketiga: RM400 pada Ogos 2017

Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM900

  • Ansuran pertama: RM300 pada Februari 2017
  • Ansuran kedua: RM300 pada Jun 2017
  • Ansuran Ketiga: RM300 pada Ogos 2017

Kategori BR1M Individu Bujang: RM450

  • RM450 pada Feb 2017

Panduan Cara Kemaskini BRIM 2017

Langkah 1: Sila klik kemaskini dan masukkan nombor kad pengenalan

langkah-1

Langkah 2: Masukkan soalan keselamatan yang telah anda daftarkan. Hanya jawab 2 kali soalan keselamatan dan anda boleh akses borang kemaskini

langkah-2

Langkah 3: kemaskini maklumat peribadi

langkah-3

Langkah 4: Sila masukkan kod pengesahan dan klik kemaskini

pengesahan

Langkah 5: klik setuju dan hantar

akhir

Semakan Keputusan BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

Semakan status pembayaran BR1M 2017 boleh disemak secara online menerusi applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2017 atau mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

Sila klik E-BR1M Semakan Status Permohonan BRIM 2016

status

Senarai Bank Terlibat Pembayaran BR1M 2017

senarai-bank

Tempoh Kemaskini BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016

LEAVE A REPLY