KUALA TERENGGANU – Seorang pengamal perubatan tradisional dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, atas tuduhan mencabul seorang wanita berusia 38 tahun.

Tertuduh, Abdullah Muda, 60, dari Marang bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan meraba kemaluan serta menghisap dan meraba payu dara ketika menjalankan rawatan ke atas mangsa.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan tertuduh mengangguk tanda faham sebelum memohon dibicarakan.

Hakim kemudian menetapkan 30 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan lantikan peguam dan serahan dokumen selepas pengakuan tidak bersalah direkodkan.

Selain itu, mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, pada 30 Oktober 2016, tertuduh didakwa meraba kemaluan dan payu dara serta menghisap payu dara mangsa dengan niat mencabul kehormatannya di sebuah kedai di Chabang Tiga, di sini, lebih kurang jam 4 petang.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.