Bob Kuman Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40 tahun disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini. Kematian artis komedi terbabit disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.

Bob Kuman meninggal dunia akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair. Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan.

Jenazah akan dikebumikan esok pagi atas permintaan keluarga. Semoga roh Bob Kuman ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.