Pengeluar atau penyedia makanan yang menggunakan cecair nitrogen dalam produk mereka perlu memastikan ia meruap sepenuhnya sebelum dijual.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, ini bagi mengelak pengguna melecur atau mengalami radang dingin (frostbite).

Jelas Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan menjelaskan cecair itu perlu digunakan pada tahap bersesuaian bagi mencapai tujuan yang dimaksudkan, iaitu untuk membekukan produk.

“Pada amnya, selepas pembekuan produk makanan, cecair nitrogen akan meruap dengan cepat menjadi gas dan tidak kekal di dalam produk makanan siap.

“Oleh itu isu keselamatan makanan berhubung makanan yang dihasilkan atau disediakan menggunakan cecair nitrogen tidak timbul,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan penggunaan cecair nitrogen dalam makanan yang didakwa menyebabkan kecederaan pada tangan seorang remaja lelaki selepas makan biskut ‘dragon breath’.

BACA: (Video) Tapak Tangan Melecur, Tekak Pedih Kerana ‘Dragon Breath’

Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) turut mengesahkan bahawa persatuan itu ada menerima lima aduan daripada orang awam berhubung kejadian sama.

Tambah Dr Noor Hisham, cecair nitrogen adalah gas nitrogen tidak berbahaya yang disejukkan ke suhu yang sangat rendah iaitu negatif 196 celcius sehingga menjadi cecair.

Cecair nitrogen digunakan dalam industri makanan seperti penyejukan serta-merta ais dan dalam pembuatan ais krim.

LEAVE A REPLY