Biodata siapa sebenar Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V atau nama sebenarnya Tengku Muhammad Faris Petra diisytiharkan sebagai YDPA ke-15 pada Selasa, 13 Disember 2016 menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim. Manakala Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Baginda berdua akan memegang jawatan YDPA dan timbalan YDPA selama  5 tahun.

Biodata Sultan Muhammad V Yang Dipertuan Agong YDPA Ke-15

Nama Penuh Baru : Sultan Muhammad V
Nama Asal : Tengku Muhammad Faris Petra
Kedudukan : Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Agong YDPA ke 15
Tarikh Lahir : 6 Oktober 1969
Tempat lahir : Kota Bharu Kelantan
Umur : 47 tahun (Tahun 2016)
Nama Ayahanda : Sultan Ismail Petra
Nama Ibunda : Tengku Anis Tengku Abdul Hamid
Bekas Isteri : Tengku Zubaidah Tengku Norudin (bercerai)
Senarai Adinda :

  • Tengku Muhammad Faiz Petra
  • Tengku Muhammad Fakhry Petra
  • Tengku Amalin A’ishah Putri

Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia
Sekolah Rendah : Sekolah Sultan Ismail I
Sekolah Menengah : Sekolah antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur
Pengajian Tinggi :

  • Oakham School Rutland, England
  • St. Cross College, Oxford (Kajian Diplomatik)
  • Oxford Centre (pengajian Islam)

Hobi :

  • ekspedisi kenderaan pacuan empat roda
  • kejohanan kuda lasak
  • sukan memanah
  • boling
  • memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Gambar Sultan Muhammad V Yang Dipertuan Agong YDPA Ke-15

LEAVE A REPLY