Biodata siapa sebenar pelakon Aidil Aziz ditangkap tanam ganja. Menerusi laporan portal Astro Gempak, pelakon drama Aidil Aziz, 28 tahun ditangkap bersama dua rakannya kerana disyaki menanam pokok ganja di dalam rumah dan memiliki senjata berbahaya. Mereka kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Biodata Pelakon Aidil Aziz Ditangkap Polis

Nama Penuh: Aidil Aziz
Umur: 29 tahun
Pekerjaan: Pelakon
Status: Bujang
Tarikh Lahir: 26 Julai 1987
Asal: Seri Kembangan, Selangor.

Drama Lakonan: Keluarga Karaoke, Romi Cinta Julia, Dan Calonnya Adalah, Tanah Kubur Musim 9, Selamat Malam Kekasih, Ramadan Ravi, Hujan, Asmara Luna, Impak Cinta, Dalam Setiap Sujud, Trilogi Cinta 2, Masyitah, Saiful Nita, Nur Melinda, Ms. Cinta, Cinta Shanxi, Nilapura, Bola Cinta, Akademi Polis, Menongkah Kasih

Telefilem Lakonan: Siti Aisyah, Rotibom Maktom, Di Penghujung Dendam, Kampungku Dan Aidiladha, Pesona Ayah, Loncat, Dahlia, Cinta Gila, Lorong Cahaya, Adi dan Meon, Cinta Bola, Menantu 3 Rasa

Filem Lakonan: Kapoww!!, Evolusi KL Drift 2

Punca Pelakon Aidil Aziz Ditangkap Polis

Aidil Aziz bersama dua rakannya ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Ampang semalam, Dalam serbuan itu, polis menemui beberapa pokok yang ditanam dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca disyaki ganja serta satu bekas pengisar mengandungi dedaun kering disyaki daun ganja. Pemeriksaan lanjut juga menemui biji benih pokok ganja, tujuh pedang samurai, 21 pisau, tiga buku lima, empat pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Gambar Aidil Aziz Pelakon Drama Popular

LEAVE A REPLY