Biodata Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman Ketua Setiausaha KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ditahan SPRM dan direman seminggu berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah. Selain itu dua anak tertuduh iaitu Zuhairi (34 tahun) dan Lukman (29 tahun) turut direman bagi membantu siasatan. Sehingga kini SPRM telah merampas jongkong emas seberat 8kg bernilai RM1.6 juta dan wang tunai hampir RM1 juta termasuk AUD 80,000 (RM261,687.20). SPRM turut menyita sebuah MPV Toyota Estima milik anak suspek di rumahnya. Nilai keseluruhan rampasan hampir RM6 juta.

Biodata Suspek Kes Rasuah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Suspek 1

Nama: Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman

Umur: 59 Tahun

Jawatan sekarang: Ketua Setiausaha KSU

Suspek 2

Nama: Zuhairi

Umur: 34 tahun

Jawatan: Pengarah Urusan

Hubungan Dengan Suspek 1: Anak

Suspek 3

Nama: Lukman

Umur: 29 tahun

Jawatan: Pengarah Urusan

Hubungan Dengan Suspek 1: Anak

Fakta Kes Rasuah KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman dipercayai menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan. Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai kebebasan dalam menentukan dan melantik kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan tertentu. Dalam pada itu, suspek berkenaan dikatakan mempunyai lebih 10 lot tanah atas nama ahli keluarga di sekitar Lembah Klang dan difahamkan SPRM kini sedang membuat pengesahan serta menilai tanah-tanah terbabit. SPRM juga akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan sama ada suspek berkenaan pernah membuat pembayaran sebarang cukai sejak 2010.

Pada tahun 2012, bekas exco negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali pernah membuat dakwaan bahawa Mohd Arif telah melakukan banyak penyalahgunaan kuasa sewaktu menjawat Pegawai Kewangan Negeri Selangor.

Mohd Arif menurut Hassan, telah berbelanja mewah untuk pergi bercuti ke luar negara sebanyak enam kali setahun dengan kos melebihi RM250 ribu yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Beliau malah didakwa memiliki kereta-kereta mewah di luar kebiasaan termasuk Cooper-S dan Audi Q5.

Wang Tunai, Jongkong Emas & Kereta Dirampas Benilai Hampir RM6 Juta

Toyota Estima milik anak suspek.
Wang tunai AUD 80,000 atau RM261,687.20
Wang tunai hampir RM1 juta turut dirampas.
Jongkang emas seberat 8kg bernilai RM1.6 juta.

LEAVE A REPLY