Biodata siapa sebenar Buntat pelakon 7 Hari Mencintaimu drama slot Akasia TV3. Secara tiba-tiba nama Buntat menjadi viral di media sosial ketika episod akhir drama 7 Hari Mencintaimu disiarkan. Begitu banyak pengguna laman sosial yang menonton drama ini memuat naik status tentang Buntat atau hastag #Buntat.

Buntat adalah watak kanak-kanak dalam drama 7 Hari Mencintaimu yang turut dilakonkan oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha. Watak ini menjadi tumpuan apabila pengakhiran cerita watak Buntat diakhiri dengan kematian. Punca Buntat mati kerana didera oleh abang angkatnya Adi, ditambah lagi dipukul oleh Khalil sebab nak tolong Mia yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Kejadian ini membuatkan Mia merasa bersalah kerana selama ini dia membenci Buntat.

Disini kami kongsikan serba sedikit profile atau biodata pelakon kanak-kanak yang membawa watak Buntat dengan jayanya dalam drama 7 Hari Mencintaimu.

Biodata Buntat Pelakon Drama 7 Hari Mencintaimu TV3

Nama Penuh: Mohd Ariff sebagai Buntat
Umur: 12 Tahun
Drama: 7 Hari Mencintaiku
Filem: Jibam (2017)
Asal : Jitra Kedah
Status: Anak Kepada Tauke Roti Canai Pak Mutalib Jitra
Pendidikan Terkini: Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra
Kelas: 6 Teratai (2016)

Video Scene Terbaik Buntat Mati Drama 7 Hari Mencintaiku

Antara babak paling sedih dalam drama ni. Buntat meninggal dunia.

Gambar Buntat & Mia (Siti Saleha)

Gambar Buntat Pelakon Drama 7 Hari Mencintaimu TV3

LEAVE A REPLY