Nama aku Muhammad Ramadhan, umur aku 20 tahun.

Nak cerita sikit, ketika aku sihat aku tak kenal pun sejadah.

Sembahyang entah ke mana. Jahil la senang cerita.

Aku macam orang lain. Suka main motor ke sana sini.

Hisap rokok, mulut ‘huduh’.

Tapi bila kena macam ni, baru aku sedar.

Aku kena penyakit ni dua hari sebelum puasa tahun 2016.

Aku kena kanser darah (leukemia) tahap tiga.

Aku berubat di hospital sehingga 17 Disember 2016.

Selepas itu, doktor beritahu tak boleh nak buat apa dah.

Pihak hospital dah mengaku kalah. Mereka beritahu penyakit aku dah sampai ke tahap akhir.

Tapi sebab Mek (ibu) aku kuatkan semangat. Aku mampu bertahan.

Doktor beritahu “Perkara yang akan berlaku kepada Ramadhan, darah akan keluar dari telinga, hidung dan mata tapi tak tahu bila. Yang pasti akan berlaku”

Masa aku lawan penyakit ni, aku banyak belajar pasal agama. Kalau tak kena macam ni, sampai sekarang aku lara. Duk ‘wowawowa’ di tepi jalan macam orang tiada agama.

Orang nampak aku sihat tapi di dalam tiada siapa yang tahu betapa sakit aku lawan penyakit ini tiap-tiap hari.

Setiap malam aku menangis sebab sakit.

Macam motor, di luar nampak comel, cantik tapi enjin di dalam macam-macam rosak. Begitulah juga aku.

Satu lagi aku nak beritahu, kalau sakit jangan dilayan sangat sakit tu. Buat tak tahu, Insyaallah akan hilang sakit tu.

Aku nak pesan pada yang lain, setiap penyakit ada ubatnya. Yang penting sentiasa berdoa dan kuatkan semangat. – Muhammad Ramadhan

Baca : Hajat pesakit leukemia tunai Umrah tercapai

Baca : Semoga Ramadhan mendapat umrah mabrur dan kesihatan yang baik – MB

ADMIN: Terima kasih kepada kerajaan terutamanya Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman kerana menunaikan impian terakhir Muhammad Ramadhan untuk menunaikan umrah. Tidak lupa juga kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui Biro Kebajikan Umno Malaysia (Bikum) yang menaja umrah beliau di Makkah.

LEAVE A REPLY