Pelakon Catriona Ross akui suami, Shaharuddin Mokhtaruddin semakin cemburu sejak tubuhnya semakin langsing.

Catriona Ross atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 36, berkata perubahan sikap suaminya ketara apabila sering menghubunginya ketika dia berada di luar bersama rakan.

“Alhamdulilah kini saya berjaya menurunkan berat badan saya hampir dengan bentuk badan ideal dan saya gembira dengan tubuh saya sekarang.

“Namun saya perasan sejak saya kurus ni, sikap suami saya berbeza sangat apabila dia semakin ambil tahu mengenai gerak geri saya ke mana saya pergi, yang mana sebelum ini tidak pernah sekali pun begitu.

“Dia seolah-olah cemburu dan mula insecured apabila menghubungi saya dengan kerap apabila saya berada di luar dan ingin tahu dengan siapa saya berjumpa.

“Tapi tidak lah sampai dia tidak mempercayai saya dengan apa yang saya lakukan.

“Padahal sebelum ini, masa saya gemuk dulu tiada pula dia kisah,” katanya.

Pun begitu, Catriona berkata dia berasakan perubahan sikap suaminya itu adalah perkara yang baik untuk rumahtangganya.

“Sudah tentu saya gembira dengan perubahan suami saya dan ia memang suatu perkara yang baik untuk rumahtangga kami,” katanya lagi.

Hasil perkongsian hidup dengan Shaharuddin, pasangan itu dikurniakan tiga anak iaitu Sephia Rania, 7; Jamal Raess, 5 dan Edruce Riyadh, 2.

LEAVE A REPLY