Linda Onn ialah antara selebriti tempatan yang diketahui membabitkan diri dalam perniagaan restoran. Rangkaian restoran My Mom’s Chicken Rice Shop miliknya mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Kelang.
Sudah bertahun lamanya rangkaian restorannya dibuka dan beroperasi, jadi Linda sememangnya arif mengenai prosedur untuk operasi sebuah restoran.
Terbaru, Linda telah menulis di Twitter mengkritik Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang peniaga gerai tepi jalan yang sewenangnya beroperasi tanpa mengikut lunas yang sepatutnya seperti seorang pemilik restoran. Linda menulis:
Tweet Linda telah menjadi viral dan mendapat banyak reaksi dari pengguna Twitter yang mendakwa bukan semua peniaga mmapu untuk menyewa dan membeli premis untuk berniaga sepertinya kerana pelbagai kekangan terutamanya bajet.
Ada juga yang mengambil kesempatan mengkritik mutu makanan dan perkhidmatan di restoran Linda.
Namun begitu, ada yang beranggapan peraturan tetap peraturan dan peniaga makanan, tak kira di mana sekalipun perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Apa pula pendapat anda?