Tahun lepas merupakan detik hitam berlaku pada rumahtangga Zila Akademi Fantasia (AF) dan Along Charm Raja Lawak bila Zila ditangkap khalwat bersama lelaki lain. Oleh kerana peristiwa itu, Along Charm dan Zila membuat keputusan untuk bercerai talak satu.

BACA: Pelawak Along Cham, Zila AF4 Sah Cerai Talak Satu

Tahun ni satu perubahan telah berlaku pada Zila bila dia buka tudung dan mewarnakan rambutnya blonde. Lebih kurang macam kes Uqasha Senrose la.

Lebih kurang seminggu yang lalu, Zila telah memuat naik fotonya yang menampakkan rambut warna Blonde. Iya lah, sebelum ni kita semua sedia maklum bahawa Zila pakaiannya sopan serta berhijab. Foto tersebut telah mendapat respon negatif dari followers dan ini respon Zila.

Tak tahulah sebab apa Zila sanggup kembali buka tudung. Tapi apa yang kita boleh buat ialah mendoakan agar Zila diberi rahmat. Dia pun manusia biasa kan? Huhu

LEAVE A REPLY