Berita terkini negeri Sarawak umum pada Ahad 12 Januari 2017. Karajaan Sarawak mengumumkan hari ini sebagai cuti umum bagi menghormati kematian Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem pada Rabu, 11 Januari 2017. Kerajaan negeri juga mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari di mana dalam tempoh itu bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang, manakala semua acara rasmi akan ditangguhkan buat sementara waktu. Untuk makluman arwah Adenan Satem meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan, jam 1.30 tengah hari Isnin. Jenazah Adenan Satem akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang hari ini selepas waktu zuhur.

Berita Terkini Sarawak Cuti Umum 12 Januari 2017

Sarawak cuti umum bagi memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Mereka yang ingin melawat jenazah boleh hadir ke Masjid Jamek Sarawak, Petra Jaya bermula 10.30 pagi hingga 1 tengah hari.

LEAVE A REPLY