Berita Terkini Krisis Di Mesir 9 Julai 2013 | Blog Berita Online

Berita Terkini Krisis Di Mesir 9 Julai 2013

July 9th, 2013 0 Comments Luar Negara

Protes aman penyokong Presiden Mesir, Mohamed Mursi bertukar ‘tragedi berdarah’ apabila lebih 50 penyokong Mursi bergelimpangan mati ditembak pihak tentera ketika sedang menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, semua mangsa ditembak sejurus bangun daripada rukuk pada rakaat kedua ketika menunaikan solat berhadapan bangunan Pengawal Republik tidak jauh dari Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di Kaherah.

Seorang saksi kejadian, Mohamed Sultan, 45, berkata, serangan pihak tentera Mesir berlaku secara mengejut menyebabkan ramai penyokong tidak sempat menyelamatkan diri.

“Pihak tentera terlebih dahulu melepaskan berpuluh tembakan gas pemedih mata sebelum menghujani tembakan peluru hidup ke arah orang ramai.

“Saya sempat memangku kepala salah seorang pemuda yang mati berlumuran darah selepas dahinya ditembusi tembakan peluru hingga mengeluarkan isi otak.

“Jeritan mangsa dan bunyi tembakan senapang patah kedengaran di mana-mana. Ada antara kami yang terselamat cuba membantu mangsa yang cedera turut maut ditembak,” katanya.

Menurutnya, serangan itu turut mengakibatkan beratus mangsa cedera ditembak terutama di kaki dan perut.

“Sebaik serangan berhenti, mangsa yang maut segera diusung ke Masjid Rabiatul Adawiyah. Mangsa yang cedera segera diberikan rawatan kecemasan,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, doktor Mohamad Bar, 40, menyifatkan serangan itu sebagai kezaliman mutlak dan pengkhianatan pihak tentera terhadap rakyat Mesir.

Menurutnya, ada mayat penunjuk perasaan ditemui mati sedang bersujud, malah serangan ini turut mensasarkan kanak-kanak tidak berdosa.

“Kekejaman tentera membunuh orang awam menyamai kezaliman Zionis kepada rakyat Palestin. Saya tidak percaya pihak tentera sanggup membunuh kami (rakyat Mesir) kerana mereka sebelum ini menyokong penuh kami ketika revolusi menumbangkan presiden Hosni Mubarak pada tahun 2011.

“Ini jenayah kemanusiaan. Mereka (tentera) menembak mangsa dari jarak dekat dengan pelbagai jenis senjata berat termasuk senapang patah,” katanya.

Menurutnya, penunjuk perasaan yang terselamat dan menyorok di Masjid Mustafa turut ditahan pihak tentera.

“Pembunuhan beramai-ramai ini adalah tragedi terburuk sejak Mursi digulingkan tentera Khamis lalu,” katanya.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post