Lagijut apabila mendapati external hardisk yang dipesan di laman tersebut telah ditukar dengan batu konkrit.

Menurut Zahari, barangan tersebut merupakan barangan tempahan pelanggannya, sekaligus membuatkan imejnya sebagai seorang peniaga online terjejas kerana insiden yang tidak dijangkakan itu.

“Sendiri jual external, sendiri kena tipu. Terpaksa order untuk topup stock customer order last minute. Order external hardisk, tapi dapat batu. Memang cari pasal,” tulisnya pada Jumaat.

Difahamkan, Zahari membeli external hardisk jenama Western Digital My Passport 1TB dari pembekal yang berpangkalan di The Mines, Seri Kembangan pada 30 Disember lalu.

Barang tersebut kemudian dihantar oleh pembekal menggunakan perkhidmatan Pos Laju kepada pelanggannya yang berada di Mentakab, Pahang.

Namun, alangkah terkejut apabila mendapati batu konkrit yang diisi dalam kotak penghantaran tersebut, membuatkan pelanggan wanita itu menghubungi Zahari kembali.

Sementara itu, kemaskini terbaharu di Facebook Zahari mengatakan pihak pembekal barangan berkenaan telah menghubunginya ekoran insiden tersebut.

Walaupun enggan menunding jari kepada mana-mana pihak, namun kejadian tidak bertanggunjawab itu dipercayai berpunca daripada pihak perkhidmatan penghantaran kurier tersebut.

LEAVE A REPLY