PORT DICKSON – Seorang remaja lelaki yang disyaki membunuh pelajar Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) Nur Alya Damia Hairi, 19, di Taman PD Permata, malam tadi, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Mohd Faisal Mohd Noor berkata reman terhadap suspek berumur 19 tahun yang juga bekas teman lelaki mangsa telah diperoleh di Mahkamah Majistret Port Dickson, di sini bermula hari ini hingga Khamis depan.

Beliau berkata suspek ditahan di rumah sewanya pada 10.45 malam di Taman PD Idaman, Lukut selepas dipercayai mencampak mayat mangsa di tepi jalan.

“Pihak polis hanya mengambil masa 15 minit (selepas penemuan mayat mangsa) bagi menjejaki remaja tersebut dan suspek dibawa ke mahkamah pagi ini serta perintah reman tujuh hari diperoleh,” katanya di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.