Panas! ! Baru semalam aktor Datuk Hans Isaac mengumumkan bakal berkahwin dengan bekas Ratu Pelancongan Malaysia 2011, Aileen Gabriella Robinson atau Gabby.

Namun pada hari ini media sosial digegarkan dengan ‘pengakuan’ terbuka bekas kekasih wanita itu!

Menerusi sebuah status yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai Robin Coenraad di laman Facebook, Robin meluahkan rasa terkejut dan kecewanya apabila mengetahui kekasihnya sendiri bakal berkahwin dengan lelaki lain melalui berita.

“Saya tak sangka saya telah dicurangi selama setahun lebih sehinggalah hari ini. Bekas kekasih saya, sejak semalam, rupanya akan berkahwin dan saya mendapat berita itu melalui media.

Setelah semua yang saya korbankan dan cuba untuk lakukan untuknya, dia telah menghancurkan hati saya.

Hanya dua hari lalu kamu telah ‘bersama’ dan dialah satu-satunya wanita yang saya sentuh sepanjang kami bersama. Saya sememangnya setia dengannya, Tuhanlah saksi saya.

Tanpa pengetahuan saya, dia telah mempermainkan saya dan menipu saya semasa menghadiri kelas kitab Injil di gereja. Saya sangka saya sudah pernah melihat kejahatan, tetapi perkara ini amat berbeza daripada apa yang telah saya lalui selama ini.

Saya tahu jauh di sudut hati ada sesuatu yang tidak kena dan saya mahu dia berterus-terang, beberapa kali namun setiap kali dia menafikannya jadi saya benar-benar sangka dia masih mahukan saya. Saya maafkan dia dan teruskan mencuba.

Lawatannya ke Singapura rupanya bukan bersama-sama ibunya, dia telah dilamar sebualn yang lalu, semasa kami masih bersama. Aktiviti telefon bimbitnya yang mencurigakan selama ini kini terjawab.

Kini saya hanya fikirkan adakah lelaki yang melamarnya sebulan lalu tahu kewujudan saya ataupun tidak.

Ini merupakan kali ketiga bekas kekasih saya berkahwin sejurus selepas menipu saya. Saya tak tahu apa yang perlu saya lakukan sekarang.”

Status ‘panas’ ini telah dikongsi sebanyak 300 kali setakat ini dan menerima pelbagai komen daripada para netizen.

Hans dan Gabby mengumumkan mereka bakal berkahwin pada 29 Juali tahun ini setelah setahun lebih mengenali hati budi.

Jika benarlah apa yang ditulis oleh Robin ini, kami tidak membayangkan perasaan Hans ketika ini.

Apa-apa pun, kita tunggu sahajalah kenyataan daripada pihak Hans dan tunangnya sendiri sebelum membuat andaian masing-masing.

LEAVE A REPLY