Kota Bharu – Seorang ibu yang dipercayai mengelar hingga mati bayi perempuannya yang berusia dua bulan baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, di sini, hari ini.

Wanita tersebut, Fadilah Mohd Zain, 32, dituduh membunuh Nur Areesa Sofea Jiri di sebuah rumah di tingkat 2, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, di sini antara jam 1 tengah hari dan 2 petang, 4 Februari lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ainul Wardah Shahidan di hadapan Majistret, Mohd Azrul Hasyimi Muhammad, manakala tertuduh diwakili peguam Shamsul Baharin Abdullah.

Tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 Mac depan.

LEAVE A REPLY