Mayat bayi yang baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik di dalam tong sampah di Apartmen Permata, Bandar Perda, Bukit Mertajam 11.30 pagi tadi.

Mayat bayi lelaki itu ditemui pesara, Mahmud Manaf, 80, yang sedang mencari botol plastik untuk dikitar semula.

Katanya, ketika sedang mencari botol plastik, dia ternampak plastik hitam berisi benda berat sebelum memeriksanya.

“Ketika membuka plastik itu, saya ternampak balutan kain batik sebelum memegang bawah kain berkenaan.

“Tangan saya merasa sesuatu seperti kepala manusia sebelum saya memberitahu jiran saya,” katanya.

Menurutnya, polis yang menjalankan siasatan mengesahkan ia adalah mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat.

LEAVE A REPLY