Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200.

Sementara BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 pula akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

LEAVE A REPLY