azharina-juaraPeserta pilihan ramai Azharina Azhar dinobatkan sebagai juara program Gegar Vaganza musim ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Azharina, 31, yang membawa lagu berjudul Izinkanlah dan Mama Aku Ingin Pulang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, sebidang tanah lot, pakej percutian ke Itali, sebuah trofi dan rakaman sebuah single baharu.

Tempat kedua disandang oleh Siti Sarah, yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta sebuah trofi, sebidang tanah lot serta pakej percutian.

Sarah turut memenangi Anugerah Persembahan Pilihan Penonton, yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000.

Zarul pula yang membawa lagu Dendangan Laguku dan Gerhana memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, sebidang tanah lot, pakej percutian dan sebuah trofi.

Tempat keempat dimenangi Ameng, sekali gus layak menerima hadiah wang tunai RM15,000, sebuah trofi dan pakej percutian.

Intan Sarafina dan Gmie hanya mampu berpuas hati di tempat kelima dan keenam dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Sistem pemarkahan diadili seratus peratus oleh empat juri iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan dua juri jemputan iaitu Datuk Jamal Abdillah dan penyanyi dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

LEAVE A REPLY