Video seorang gadis dalam keadaan kepanasan dan kelaparan dengan aksi manja telah tular di media sosial.

Rakaman ‘manja lapar’ yang dibuat menerusi laman sosial Instagram teman lelakinya meraih perhatian sehingga ramai membuat parodi meniru aksi mereka.

Gadis berkenaan, Nur Anizah Tahang, 20, kini dilaporkan mengorak langkah sebagai seorang pelakon drama.

Menerusi laman IG miliknya, Nur Anizah sedang sibuk menjalani penggambaran drama Lelaki Tak Pernah Puas yang bakal ditayangkan sempena Aidilfitri nanti.

Nur Anizah akan bergandingan dengan seorang lagi pelakon baharu, Tuan Mohd Faiz dan dalam drama tersebut, dia akan memegang watak isteri kepada Faiz.

Bagaimanapun, sinopsi dan tarikh siaran drama tersebut masih belum didedahkan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.