Seorang ibu terkejut apabila mendapati anak perempuannya menonton klip video lucah adaptasi daripada filem animasi popular di YouTube.

Posting luahan hati wanita tersebut turut menjadi viral.

Ibu muda itu mendakwa, dia meninggalkan anak perempuannya hanya lima minit dan mendapati kanak-kanak itu sedang menonton klip lucah berkenaan.

“Selalulah perhatikan apa yang ditonton oleh anak-anak di YouTube, lihat anak saya menonton klip ini,” demikian luahnya dengan disertakan keratan klip animasi lucah berkenaan.

Sementara itu, tinjuan mendapati klip video lucah berkenaan masih boleh diakses, yang mana rata-rata komentar terkejut dengan klip itu kerana dikhuatiri dapat memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak.

“Hentikan,” tulis Skullykitty.

Manakala menurut Alishan Zandi pula, dia juga terkejut dengan paparan klip video berkenaan.

“Apa ceritanya ni,” tulisnya.

Dan menurut Nina, dia tidak boleh menerima apa yang dipaparkan dalam klip berkenaan.

“Apa ini, berdosa, akan pengaruhi kanak-kanak,” tulisnya.

Filem animasi ini pernah menjadi fenomena di dunia sehinggakan lagu temanya dinyanyikan dalam pelbagai bahasa.

LEAVE A REPLY