Allahyarham Datuk Dr Haron Din telah meninggalkan amanat kepada ahli keluarga serta sahabat beliau supaya dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirkan beliau meninggal dunia di negara itu.

Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli dilaporkan berkata, Mursyidul Am PAS itu telah menyampaikan pesanan tersebut di Pusat Rawatan Darussyifa di Santan sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.

“Amanat itu disampaikan sebagai persediaan kerana ini kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan,” kata beliau.

Tambah Shukri, solat jenazah ghaib akan diadakan di Kompleks PAS Perlis di Kangar malam ini.

Dr Haron, 76, meninggal dunia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat pagi ini waktu Malaysia.
Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima orang anak.

LEAVE A REPLY