KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam satu kenyataan hari ini, berhubung senarai pelantikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia 2018-2021.

Ahmad Zahid berkata, keterbukaan pemilihan ini mencatatkan sejarah pemilihan UMNO sejak 1987 dan memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif.

Beliau berkata, keputusan ini dicapai setelah UMNO melaksanakan pemilihan semua jawatan dalam parti dengan tertib dan lancar pada bulan lalu.

“Inilah langkah pertama UMNO menunju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air.

“Selaras dengan pemilihan yang baharu, saya sebagai Presiden UMNO mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan menalntik Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan kepemimpinan negeri-negeri.

“Saya komited untuk merekayasa dan memperjuangkan kepentingan negara bersama dengan jajaran kepemimpinan UMNO berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan Piagam UMNO seperti terkandung dalam Perlembagaan UMNO sendiri,” katanya.

Antara individu yang dilantik bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi adalah Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung UMNO, Bendahari adalah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Shamsul Anuar Nasarah sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Mohd Sumali Reduan pula dilantik sebagai Setiausaha Kerja.

Selain Mohamed Apandi, turut dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi antaranya Datuk Seri Anifah Aman; Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib; Datuk Johan Abdul Aziz dan Datuk Azizah Mohd Dun.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.