Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan apa sudah jadi dengan dua pertuduhan yang dibuat terhadapnya sebelum pilihan raya umum ke-14 lalu.

Dalam hantaran di Facebook, Najib merujuk kepada dakwaan dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.

Mahathir, katanya mendakwa sebanyak RM160 bilion ‘hilang’ daripada dana rizab Bank Negara Malaysia (BNM), yang jumlahnya lebih besar berbanding kerugian sebanyak RM31.5 bilion sekitar 30 tahun lalu.

“Wang rizab antarabangsa BNM RM160 bilion ini bukan hilang atau dicuri tetapi ditukar daripada matawang asing kepada Ringgit dalam usaha mempertahankan nilai Ringgit pada waktu itu.

“Ia tidak sama dengan kehilangan akibat kalah judi opsyen Forex dalam skandal tahun 1990an itu,” jelas Najib menerusi Facebooknya.

Tuduhan kedua, kata Najib membabitkan dakwaan Rafidah bahawa beliau mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara kepada sebuah syarikat milik tiga individu.

Malah, katanya, Rafidah juga membuat tuduhan itu dengan bersumpah menggunakan nama Allah.

“Dia (Rafidah) telah memulakan dakwaannya dengan perkataan “dengan Allah sebagai saksi saya” dan mengakhirinya dengan perkataan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi”.

“Tuduhannya ialah 40,000 hektar tanah diswastakan kepada syarikat yang dimiliki oleh tiga individu dan yang dimiliki “setiap inci tanah” milik Kementerian Pertahanan atau Angkatan Bersenjata.

“Ini adalah tuduhan palsu yang serius yang digunakan untuk menimbulkan kemarahan tentera sebelum PRU14,” kata Najib.

Bagaimanapun kata Najib sehingga kini dakwaan itu tidak dapat dibutikan meskipun Pakatan Harapan (PH) sudah memiliki kuasa.

“Kini, PH telah memegang Putrajaya selama 5 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati untuk mencari bukti tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai kedua-dua tuduhan yang amat serius ini.

“Apa telah jadi dengan dua lagi tuduhan ini?” soal Najib.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.