Semalam, kapal mewah Equanimity milik jutawan penuh kontroversi, Jho Low telah pun selamat berlabuh di Perlabuhan Klang setelah menempuh perjalanan selama 20 jam dari Indonesia.

Kapal yang berharga RM1 billion itu telah dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia ketika di Bali pada Februari lalu sebelum ianya diserahkan kepada kerajaan Malaysia kelmarin.

Memandangkan harganya yang setanding dengan pesawat Boeing 747, ramai yang tertanya-tanya, apakah yang menjadikan kapal Equanimity ini dikenali sebagai antara kapal paling mahal di dunia?

Berikut merupakan sedikit fakta mengenai kapal Equanimity ini:

Nama kapal : Equanimity
Panjang kapal : 91m
Jumlah penumpang : 26 orang (14 kabin)
Jumlah kru : 33 orang
Nilai : RM1 billion (USD250m)

Kapal ini telah dibina oleh Oceano, sebuah syarikat pembinaan kapal mewah yang berpangkalan di Belanda dan telah dihantar kepada pemiliknya pada bulan Jun 2014. Panjang kapal ini 91.5 meter dan dibina dengan menggunakan keluli dan aluminun sebagai bahan utamanya

Bertemakan ketimuran, bahagian dalaman kapal ini direka oleh Andrew Winch dan boleh memuatkan seramai 28 orang kru dan 26 orang penumpang di dalam 9 buah bilik stateroom.

Kapal ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri mewah seperti kemudahan spa, kelab pantai, salun kecantikan, gimnasium, sauna, bilik mandi Turki dan juga kolam renang bersaiz besar. Selain itu Equanimity turut dilengkapi dengan kemudahan berikut:

  • Helipad
  • Lif
  • Pawagam
  • Garaj
  • Sistem penghawa dingin

Pada 2017, Equamity telah secara rasminya tersenarai sebagai kapal yang ke-54 terbesar di dunia.

Equamity bermaksud ketenangan mental meskipun dalam saat yang sukar di dalam bahasa Inggeris.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.