KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengesahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan esok.

Menurutnya, proses pembebasan Anwar akan bermula di Pusat Rehabilitasi Cheras selepas Lembaga Pengampunan bermesyuarat pada jam 11 pagi esok.

“Berkaitan soal pembebasan Anwar, setakat ini semua lancar. Mesyuarat Lembaga Pengampunan akan berlangsung pada jam 11 pagi esok, saya difahamkan di Istana Negara.

“Kita difahamkan apabila Lembaga Pengampunan telah membuat syor penuh pengampunan, proses pembebasan Anwar akan bermula dari sini (Pusat Rehabilitasi Cheras), begitu yang kita difahamkan.

“Saya tidak pasti pada pukul berapa Anwar boleh bebas, namun saya percaya kira-kira tengah hari, beliau sudah boleh keluar,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.

Saifuddin berkata demikian selepas selesai berjumpa Anwar di Pusat Rehabilitasi Cheras.

Katanya, selesai proses pembebasan, Anwar dijangka akan ke Petaling Jaya di mana satu perhimpunan akan berlangsung.

“Selepas dibebaskan, kita akan berhimpun di Petaling Jaya bermula petang hingga malam,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.