KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit di bahu dan bahagian belakang selepas tiba dari Turki petang tadi.

Ia disahkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan memaklumkan Anwar dibawa Ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Beliau dibawa dari rumah di Bukit Segambut menaiki ambulans menuju wad kecemasan.

“Beliau dibawa ke PPUM kerana mengadu kesakitan di bahu serta bahagian belakang selepas pulang dari Turki. Walau bagaimanapun, keadaan kesihatan beliau stabil, “ katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sebelum ini, Anwar menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur sebelum dibebaskan daripada hukuman penjara pada 16 Mei lalu.

Anwar juga pernah menjalani pembedahan bahu kanan pada Mac tahun ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.