PENGACARA, Ally Iskandar memuji tindakan seorang kanak-kanak lelaki yang telah memberikan tempat duduk kepada golongan yang lebih memerlukan semasa menggunakan pengangkutan awam iaitu LRT.
Perkongsian video di Instagram milik Ally, memaparkan seorang pelajar sekolah yang sedang duduk kemudiannya bangun memberikan tempat duduknya kepada wanita hamil itu setelah menyedari wanita berkenaan tidak dipedulikan.
Dipercayai video itu telah dirakam pada Ogos tahun lalu dan kini tular semula.
Sehingga kini, video tersebut mendapat likes hampir 2,500 dan rata-rata pengguna serta pengikut Ally memberikan respon yang pelbagai.
“Bagus budak itu pun faham… utamakan ibu mengandung, bagus,” tulis seorang pengguna IG.
“Dia pula jadi contoh untuk yang dewasa. Alhamdulillah,” komen netizen.
“Bagusnya… yang perempuan tepi tu dah nampak tapi buat tak tau je. Yang lelaki tu pun buat-buat tak nampak. Malu betul,” komen salah seorang pengguna.