PEKAN – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nizar dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Pekan yang baharu selepas diumumkan menang tanpa bertanding.

Mohd. Nizar menggantikan Datuk Shahruddin Ahmad yang memegang jawatan itu bagi penggal lalu selepas Shahruddin tidak bertanding pada pemilihan kali ini apabila sudah melepasi syarat kelayakan umur.

Mohd. Nizar dalam ucapannya melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana terpilih memegang jawatan itu dan berazam membawa UMNO ke martabat yang sepatutnya.

“Kini apa yang perlu kita lakukan ialah membuang sikap angkuh, politik wang serta segala unsur negatif untuk kembali memenangi hati golongan muda,” katanya ketika berucap pada Majlis Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan di Dewan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.