SEORANG lelaki marah dan membunuh ibunya yang tua selepas wanita itu tidak memasak lauk kari ayam untuk makan tengah hari.

Dalam kejadian di Badepuram, Guntur, Andhra Pradesh itu, Bejjam Kishore, 45, membeli ayam pada Ahad lalu dan memberi kepada ibunya, Bejjam Mariamma, 80, lapor Times of India.

Dia yang juga kaki botol pulang beberapa jam kemudian dalam keadaan mabuk sebelum naik berang selepas mendapati makanan diminta itu tidak dihidangkan.

Kishore, yang pernah bekerja sebagai pengamal perubatan tempatan, menjerit memarahi ibunya sebelum menikamnya.

Mangsa mati di tempat kejadian manakala Kishore kini diburu polis. – Daily Mail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.