Pasangan selebriti Eira Syazira dan Azad Jazmin telah menamakan anak kedua mereka dengan nama yang begitu cantik, Ameisya Leann Rose.

Nama tersebut telah didedahkan sendiri oleh Eira melalui akaun Instagram (IG) nya pada Ahad.

Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi, 32, telah memuatnaik satu foto yang menunjukkan suaminya sedang memangku Ameisya sambil dahinya dicium oleh anak sulungnya, Amarra Sofea Rose yang kini berusia empat tahun beserta kapsyen berbunyi:

“Syukur Yaa Allah, With your daddy’s eternal love and mum’s blessing, I carried you I my wombs with nothing but joyfull tears and an effortless journey.

“When Allah’s whisper a soul in you, you were born into my arms to cared, to nurtured, and to be raise as a person I can gladly call as my daughter.

“Welcome to this world my Princess, Ameisya Leann Rose Bt.Azad.

“With Unconditional Love, Mummy, Daddy & ur lovely sister Amarra Sofea Rose @azadsyazirarose” tulisnya.

Dalam pada itu, foto tersebut juga telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pengikut IGny dan memuji kecomelan wajah anaknya serta nama yang dipilih oleh pasangan tersebut begitu cantik.

Terdahulu, anak kedua pasangan tersebut dilahirkan pada 31 Disember 2016.

Eira dan Azad telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan anak sulung, Amarra Sofea Rose, 4.

Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan:

@hudafaz: Congrat sis… Both of ur daughter name is very Unique n Sweet…. Selamat berpantang sis.

@im_wife_mr.arel: Alhamdulillah… Tahniah @eirasyaziralouis n @azadsyazirarose comel nye semoga tahun depan giliran sy n suami pula merasa jadi ibubapa aminnnn

@zazardz: The big present for the new year. Welcome baby ameisya LeAnn rose

@shanifisiti: leann lbh kurang nama ank lisa surihani..congrats!!

@ellie_shorb: Tahniah @eirasyaziralouis sekeluarga.. Selamat Berpantang.

LEAVE A REPLY